Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Pengusaha Stesen...

LUAHAN dari sahabat pengusaha stesen minyak…(dihantar melalui email kepada pihak Mynewshub, penulis merayu...

Mesti Tengok! Reaksi Lelaki...

KEBIASAANYA wanita adalah kaum majoriti yang akan menerima gangguan seksual di jalanan atau...

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis...

Adakah Mendesak Peniaga Cina...

KUALA LUMPUR - Gesaan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri...

Hati-Hati Terima, Sebar Berita Melalui Media Sosial – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam menerima dan menyebar maklumat melalui media sosial kerana ia boleh menyebabkan penyebaran fitnah dan menimbulkan perselisihan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam untuk menyiasat, meneliti dan memastikan kebenaran fakta serta maklumat bagi mengelak fitnah, penipuan, memburukkan seseorang atau mendatangkan sifat kebencian.

“Jangan mudah terpengaruh dengan berita tidak sahih yang disebarkan lebih-lebih lagi di alam maya.

“Perselisihan yang berlaku akibat daripada kekaburan maklumat atau berita yang diperoleh menjadikan seluruh masyarakat hidup dalam keadaan syak wasangka terhadap sesama sendiri. Dan ingatlah bahawa fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan,” katanya.

Beliau menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Sehati, Sejiwa’ di Masjid Negara di sini, hari ini.

Khutbah itu disiarkan secara langsung oleh RTM.

Sempena tajuk khutbah yang bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 Isnin ini, Jamil Khir berharap umat Islam memerdekakan diri daripada sebarang fahaman, pemikiran serta pengalaman yang tersasar daripada garis panduan Islam sebenar agar kemenangan hidup di dunia dan di akhirat dapat dicapai.


“Kedatangan Islam membawa sifat kemerdekaan iaitu menyeru manusia supaya membebaskan diri daripada sebarang bentuk amalan dan kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Oleh sebab itulah kemerdekaan umat Islam bermula daripada roh tauhid atau akidah dengan kalimah syahadah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua umat Islam mengamalkan sifat kesederhanaan dan keseimbangan yang menjadi asas bagi mewujudkan persefahaman sesama insan.

Katanya kesederhanaan merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara secara berhikmah dan berimbang yang bukan sahaja dapat mengelak berlakunya kekerasan ke atas hak asasi kaum malah dapat memartabatkan Islam.

“Persefahaman merupakan nikmat yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan dapat menghimpunkan perasaan serta semangat sehati sejiwa untuk sama-sama berganding bahu bagi memakmurkan sesebuah masyarakat serta negara,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori