• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dung, Perdana Menteri Pertama Lawat Parlimen Malaysia

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kunjungan hormat Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung ke Parlimen Malaysia hari ini, menandakan lawatan pertama oleh seorang perdana menteri ke Dewan perundangan kerajaan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau berasa bangga dengan lawatan itu kerana Dung merupakan Perdana Menteri pertama yang berbuat demikian sejak Parlimen diwujudkan 50 tahun yang lalu.

“Saya terkejut dengan lawatan beliau. Ia tidak mungkin bagi mana-mana Perdana Menteri melawat Parlimen,” katanya selepas mengadakan pertemuan setengah jam dengan Dung di bangunan Parlimen di sini.

Dung tiba pada Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Pandikar berkata lawatan Dung mungkin bleh dikaitkan dengan kedudukannya sebagai Presiden Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA), di mana AIPA telah bermesyuarat semasa sidang kemuncak Asean awal tahun ini dan beliau menyampaikan ucapan mewakili semua speaker Parlimen di negara-negara Asean.

Pandikar berkata bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem presiden seperti Vietnam, Speaker Parlimen juga memegang kuasa eksekutif.

Mengenai perkara-perkara hubungan dua hala, beliau berkata Dung telah melahirkan kebimbangan ke atas isu kediaman 6,000 wanita Vietnam yang telah berkahwin dengan lelaki Malaysia dan penangkapan ikan secara haram yang dilakukan oleh nelayan Vietnam, yang secara tidak sengaja memasuki perairan Malaysia kerana kekurangan peralatan navigasi.

“Saya memberitahunya saya akan membawa perkara ini kepada mereka yang mempunyai kuasa eksekutif,” katanya sambil menambah bahawa Dung telah menjemput beliau melawat Vietnam.

Semasa lawatan Dung, Malaysia dan Vietnam bersetuju mengadakan usahasama tiga pihak dengan Thailand bagi meneroka dan membangunkan sumber minyak dan gas (O&G) di rantau ini.

Di Putrajaya semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan perdagangan di antara Vietnam dan Malaysia dijangka mencecah US$10 bilion tahun ini.

Pada masa ini, terdapat 60,000 pekerja Vietnam di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Parlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd