• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diplomat Bertumpu Di PWTC Untuk Mesyuarat AMM Ke-48

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pegawai-pegawai ASEAN memulakan siri mesyuarat persediaan bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Hari ini, berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ASEAN (ASEAN-CPR) yang dipengerusikan wakil Malaysia Datuk Hasnudin Hamzah.

Mesyuarat jawatankuasa menggubal Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN (ASEAN-SOM) kini berlangsung di PWTC sini, venue berlangsungnya mesyuarat ASEAN bermula hari ini sehingga 6 Ogos.

Malam ini, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim, yang juga Pengerusi ASEAN-SOM dijadual menghoskan majlis makan malam bagi mengalu-alukan pemimpin dan perwakilan ASEAN-SOM.

Selain AMM ke-48 yang akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, perhimpunan para menteri dan diplomat di Kuala Lumpur ini bakal menyaksikan berlangsungnya Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar (PMC) ASEAN dengan rakan Dialog.

Mereka ialah Australia, China, Kanada, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Mesyuarat utama lain yang akan berlangsung di PWTC ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur Tiga kali ke-16, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 dan Forum Serantau ASEAN ke-22.

Sebanyak 27 negara akan terlibat dalam siri mesyuarat berkenaan.

AMM ke-48 dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd