GILA…sanggup bunuh anak-anak lelaki hanya kerana suami tidak memberikan perhatian kepada anak perempuan mereka.
Wanita itu, Brittany Pilkington, 23, dengan tenang menghubungi 911 untuk melaporkan bahawa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan, Noah, tidak bernafas pada Selasa lalu.
Beberapa jam selepas itu, Pilkington akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia turut membunuh dua lagi anak lelakinya. Wanita itu kini didakwa dengan tiga tuduhan bunuh.
Selain membunuh Noah, dia didakwa membunuh Gavin yang berusia empat tahun pada bulan April lalu dan Niall, tiga bulan pada Julai 2014.
Semuanya mati dengan cara dilemaskan menggunakan selimut.
Seorang lagi anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Hailey, kini ditempatkan dengan agensi kebajikan kanak-kanak.
Menurut pendakwaraya, William, Pilkington berbuat demikian kerana berfikir dia perlu melindungi anak perempuannya daripada dipinggirkan oleh bapanya, dan bagi membolehkan Harley mendapat kasih sayang yang sama seperti anak lelakinya yang lain.
Sementara suaminya, Joseph Pilkington memberitahu, dia hanya mendapati Niall dan Gavin tidak bernafas sebaik sahaja pulang ke rumah. – MYNEWSHUB.CC

