HARLEM – Seorang wanita obes yang memerlukan rawatan diselamatkan dari apartmen dua tingkatnya di Harlem Timur, New York, oleh anggota bomba dengan menggunakan jaring.
Anggota separa perubatan tiba di kediaman wanita itu selepas menerima laporan mengenai keadaannya.
Mereka berjaya merawat mangsa yang seberat 320 kilogram itu, tetapi menyedari dia terlalu gemuk untuk dibawa keluar menerusi pintu.
Pasukan perubatan itu terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkatnya bagi membolehkan dia dibawa ke hospital. – myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=w2u813dwF6I