• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Sertai GHB, AJK PAS Shah Alam Pula Umum Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS pengumuman perletakan jawatan AJK PAS kawasan Kota Raja semalam, hari ini, PAS kawasan Shah Alam menuruti langkah serupa dengan kepimpinan tertinggi bertindak mengosongkan posisi mereka dalam parti.

Tiga pemegang jawatan tertinggi iaitu Yang Dipertua, Azli Yusuf; timbalannya, Zulkifli Mohd Nani dan Naib Yang Dipertua, Mohd. Jamil Abd. Rahim membuat pengumuman tersebut menerusi satu kenyataan media, semalam.

‘Keluar PAS Bukan Keluar Islam’ – PAS Kota Raja Lepas Jawatan

DSC05836
PAS Kota Raja bersama Ahli Parlimennya, Dr Siti Mariah Mahmud umum perletakkan jawatan mereka, semalam

Keputusan tersebut turut dibuat oleh 18 orang Ahli Jawatankuasa PAS Shah Alam bersama-sama Dewan Muslimat yang mana keseluruhan kepimpinan tertingginya bertindak nekad melakukan perkara serupa.

Memetik kenyataan media yang dipanjangkan pihak mereka, “Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat, Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

“Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

“Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam.”

Siaran media berkenaan turut memaklumkan, tindakan tersebut sudah telah diumumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam kali ke-5 sesi 2015-2017 yang berlangsung semalam.

Mereka juga menyifatkan penyerahan tugas kepada ajk baru dibuat dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

“Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah  yang lebih kami yakini.”

Setakat ini, dua ADUN dari PAS dikhabarkan bakal menyertai parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) iaitu dari Hasnul Baharuddin dari Morib dan Saari Sungib dari Hulu Kelang dan langkah sama diambil tiga Ahli Parlimen iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja). – MYNEWSHUB.CC

Keluar PAS Bukan Keluar Islam – PAS Kota Raja Letak Jawatan

https://www.youtube.com/watch?v=9igKBRUluVc

Tags: Gerakan Harapan BaruKhalid Samadpakatan rakyatPASselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd