• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM, Petronas Kerjasama Tingkat Kesedaran Penduduk Pulau Mantanani

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU MANTANANI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan PETRONAS menganjurkan program kesedaran mengenai keselamatan di perairan Pulau Mantanani khusus di kawasan berhampiran pelantar minyak.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata program berkenaan mendapat kerjasama daripada penduduk dan bermanfaat membantu APMM dalam memantau secara menyeluruh keselamatan di kawasan perairan pulau berkenaan.

“Laporan daripada masyarakat setempat adalah penting kerana mereka lebih rapat, lebih faham dan tahu dan sentiasa berada di kawasan-kawasan yang dianggap ‘panas’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sahabat Maritim di Sekolah Kebangsaan Mantanani, Kota Belud.

Beliau berharap kerjasama itu akan berterusan agar pihak berkuasa dapat menangani beberapa masalah yang boleh merugikan masyarakat nelayan seperti aktiviti pengeboman ikan dan kemusnahan batu karang.

Program Sahabat Maritim merupakan program hasil perjanjian persefahaman antara PETRONAS dan APMM iaitu program kemasyarakatan untuk penduduk pesisir pantai terutama nelayan di Sabah dan Labuan.

Ia merupakan usaha untuk meningkatkan keselamatan di laut terutama mengenai bahaya memasuki kawasan keselamatan 500 meter jarak lingkungan daripada pelantar PETRONAS yang boleh membahayakan para nelayan dan para petugas yang bekerja di laut.

Sementara itu Pengerusi PETRONAS Sabah dan Labuan, Mohamed Firouz Asnan berkata pemilihan Pulau Mantanani adalah kerana lokasinya yang dekat dengan pelantar PETRONAS iaitu kira-kira 20 batu nautika dari pulau itu.

“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, PETRONAS komited untuk melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pada tahap tinggi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan kakitangan kami, kontraktor dan juga penduduk yang tinggal di sekitar operasi kami,” katanya.

Pelbagai aktiviti dan pameran dijalankan sempena program itu termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan permainan menguji minda berdasarkan sains daripada Petronsains Playsmart Kota Kinabalu. – BERNAMA

 

Tags: APMMpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd