• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Jangan Hilang Fokus Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Anggota UMNO dinasihatkan supaya tidak hilang fokus dan terus bekerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 meskipun berdepan isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada Selasa lepas.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguguran Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden parti bukan satu perkara baharu berikutan sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya pernah menggugurkan tiga timbalannya.

“Walaupun Tun (Mahathir) pernah menggugurkan tiga timbalannya (Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim) namun UMNO tetap teguh dan tiada masalah.

“Bagi saya individu tidak penting, yang penting ialah parti. Kalau anggota UMNO terus bersatu dan bekerja kuat ke arah PRU14 seperti mendekati rakyat dan mengambil berat tentang rakyat saya percaya UMNO akan terus kuat walaupun berlaku perubahan pemimpin,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd