• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Sahabat Dihukum Penjara & Sebat Rogol Gadis Bawah Umur

oleh Ahmad Albab
07/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga sahabat ‎dihukum penjara antara sembilan hingga 19 tahun dan antara 10 hingga 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol seorang pelajar sekolah, dua tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan 16 sebatan terhadap pengawal keselamatan, Mohamad Amir Madzlan, 28, yang mempunyai rekod kesalahan lampau atas kesalahan sama dan dihukum penjara tujuh tahun atas kesalahan itu.

Penghantar surat Kamarul Akmal Remli, 24, pula dihukum penjara 11 tahun dan 15 sebatan, sementara kontraktor pemasangan telefon, Shah Reza Zulkifli, 21, dipenjara sembilan tahun dan 10 sebatan.

Mereka didakwa merogol pelajar itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan.

Seorang lagi rakan mereka, kelindan lori, Sharmizi Khairul Aazam, 22, dihukum penjara 12 tahun dan 15 sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, dan sebatan.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar berusia 13 tahun 10 bulan di sebuah bilik hotel, di Cheras antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang pada 30 Okt 2013.

Terdahulu, Hakim Zulqarnain dalam keputusannya ‎berkata setelah mahkamah meneliti bukti serta keterangan saksi-saksi, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Zulqarnain berkata mahkamah mendapati kesemua tertuduh merupakan kawan baik tetapi mangsa hanya mengenali Mohamad Amir sahaja.

“Sharmizi telah mengambil mangsa dari sekolah dan membawanya ke hotel.

Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, Mohamad Amir telah memaksa mangsa membuka pakaian dan merogolnya sambil tangan mangsa dipegang oleh seorang individu lain yang tiada di dalam mahkamah ini,” katanya.

Beliau berkata mahkamah mempercayai keterangan mangsa dan dia sendiri telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Dia (mangsa) tidak mempunyai sebab untuk menganiaya kamu, tiada dendam perniagaan dan kamu saling tidak mengenali. Dia juga menghadapi risiko mengambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Zulqarnain berkata, selain sokongan laporan perubatan yang mendapati terdapat koyakan baru pada kemaluan mangsa, kesemua tertuduh juga tidak menafikan keterangan mangsa.

“Kamu semua berada di hotel itu yang berdekatan dengan rumah dan mendaftar masuk selama dua jam sahaja sedangkan kebiasaannya sesiapa yang menginap di hotel akan tinggal sekurang-kurangnya semalaman dan atas urusan penting atau urusan kerja dan sebagainya, namun kamu hanya dua jam di hotel berdekatan rumah,” kata Zulqarnain.

Ketika rayuan, kesemua mereka yang diwakili peguam masing-masing memohon hukuman paling ringan dan rela disebat tetapi mahu hukuman penjara yang minimum atas alasan tidak berlaku kekerasan dan ugutan terhadap mangsa selain mangsa tidak cuba melarikan diri atau menjerit mendapatkan bantuan.

Shah Reza diwakili peguam ‘Azi ‘Azlin Zulkifli manakala Sharmizi diwakili peguam Zulkifli Awang. Kamarul ‎Akmal dan Muhamad Amir pula diwakili peguam Goh Chuan Chean dan Tong Kuan Ling.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping memohon hukuman lebih berat atas alasan mangsa berusia 13 tahun 10 bulan ketika dirogol dan mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan awam dan mangsa serta kejadian rogol ke atas gadis bawah umur kerap berlaku.

“Mengikut keterangan mangsa sendiri, tangannya dipegang oleh seseorang ketika dirogol oleh Mohamad Amir, ini jelas menunjukkan mangsa tidak dapat melawan dan berlaku kekerasan terhadapnya,” katanya sambil menambah Sharmizi juga menghubungi rakan-rakan yang lain dan menyatakan “ada stok di hotel (bagi hubungan seks)”

Seramai 11 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri telah memberi keterangan sepanjang prosiding. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=V27VHdA5cGs

Tags: kes rogolPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd