• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Nafi Laporan Business Times Singapura Mengenai IPIC

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan oleh The Singapore Business Times yang melaporkan mengenai perjanjian pembidaan dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi sebagai ‘tidak berjaya’.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu, 1MDB berkata, perbincangan dengan IPIC masih berjalan bagi memuktamadkan transaksi mengikut terma seperti yang diumumkan secara rasmi oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 10 Jun, 2015.

Artikel The Business Times itu adalah berasaskan perbualan dengan sumber yang tidak dikenali, yang ternyata tidak profesional dan tidak perlu, kata 1MDB dalam satu kenyataan, di sini.

1MDB berkata, syarikat itu kini memberi tumpuan ke atas usaha melaksanakan pelan rasionalisasi dengan jayannya, yang sudah terbukti berdasarkan pelbagai pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini.

Ia memberikan contoh lembaran terma pembidaan yang dilaksanakan dengan IPIC, senarai pendek pembida terpilih untuk menjana kewangan Edra Global Energy Bhd dan proses jualan semasa untuk Bandar Malaysia.

“Kami mengesahkan komitmen kami untuk menjayakan rasionalisasi ini dan akan terus memberi makluman terkini kemajuan rasmi secara berkala,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd