Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot...

Trump Tak Puas Hati...

LOS ANGELES - Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sebulat suara enggan mengembalikan semula...

Maybank Perkenal Cuti Bersalin...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank) pada Rabu mengumumkan tawaran tempoh cuti...

Lawatan Kerja Ke India...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan kerjanya...

172 Sekolah Pondok Tak Terlibat Kegiatan Ekstremisme – Asyraf

KOTA BAHARU – Pemantauan terhadap 172 institusi pengajian Islam berteraskan pondok di negara ini mendapati mereka tidak terlibat dengan kegiatan ekstremisme mahupun militan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) membuat pemantauan itu selepas terdapat ancaman Kumpulan Islamic State (IS) turut menyasarkan Malaysia untuk melaksanakan agenda mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Multaqa Guru-Guru sekolah Pondok Zon Timur 2015 di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM15.67 juta kepada 72 institusi pendidikan Islam berteraskan pondok di pantai timur.

Sumbangan berkenaan merupakan agihan peruntukan RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2015 Oktober tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori