• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Sahkan Bertemu Editor Sarawak Report Banyak Kali

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen DAP, Tony Pua hari ini mendedahkan beliau bertemu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown banyak kali di Singapura, Indonesia dan London.

Beliau membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini.

Mengenai pertemuannya dengan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, Pua berkata: “Saya tidak pernah dengar nama Justo sehingga keluar berita bahawa dia ditahan di Bangkok.”

Beliau juga menafikan mengenali bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang mendakwa baru-baru ini bahawa Justo telah mengaku bertemu dengan beberapa pemimpin pembangkang yang mahu membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di London sebanyak dua atau tiga kali pada 2012 dan 2013.

“Tidak. Saya tidak pernah berjumpa Lester sepanjang hidup saya,” kata Anggota Parlimen Petaling Jaya ini mengenai Melanyi yang dalam klip video selama 6.02 minit yang dikeluarkan baru-baru ini memberitahu bahawa hampir 90 peratus kandungan artikel Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan kerajaan 1MDB telah diubah suai oleh ahli politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam klip itu, Melanyi menamakan pereka web berpangkalan di London yang dia mendakwa dilibatkan oleh Rewcastle-Brown untuk mengubah dan mencipta e-mel selain perjanjian palsu bagi menjadiknnya kelihatan asli.

Pua turut melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai langkah Jabatan Imigresen menghalangnya daripada meninggalkan negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang petang tadi.

Beliau berkata beliau sepatutnya terbang ke Jogjakarta, Indonesia menerusi Airasia pada pukul 3.15 petang sebagai sebahagian projek Penang Art District.

“Tiada sebab kenapa. Para pegawai Imigresen mencadangkan saya pergi ke Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu atau memohon kebenaran untuk meninggalkan negara.

“Saya tidak dihalang sebelum ini. Saya terkejut,” katanya.

Pua berkata selepas Indonesia, beliau sepatutnya pergi ke Singapura bagi menghadiri majlis makan malam ‘reunion’ bersama bekas rakan sekolahnya sebelum pulang ke Malaysia.

“Rancangan saya ialah untuk pulang semula dan bukan melarikan diri,” tambahnya.

Sehingga berita ini dutulis, Bernama belum mendapat maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mengenai sebab Pua dihalang daripada meninggalkan negara.

Namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita di Shah Alam hari ini, bahawa beliau tidak menolak kemungkinan beberapa individu mungkin ditahan berikutan dakwaan yang dibuat Melanyi bahawa beberapa pemimpin pembangkang telah bekerjasama dengan Sarawak Report untuk memburukkan kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Sarawak ReportTony Pua
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kurang senang dengan perhatian dan populariti yang kembali diterima Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd