Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Jepun Setuju Hubungan...

TOKYO - Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaikkan taraf ke...

Kerajaan Kaji Kenakan Cukai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai eksais terhadap...

K’jaan Terus Didesak Jelaskan...

Kerajaan digesa menjelaskan keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan penting yang membenarkan Jill...

Laluan Sementara Ke Cenang...

LANGKAWI - Dua lorong jalan berkembar yang sedang dibina sebagai laluan alternatif ke...

Lega… Tiada Kenaikan Tol Lebuh Raya Buat Masa Ini

GERIK – Kerajaan masih belum lagi membuat keputusan mengenai kadar tol walaupun syarikat konsesi lebuh raya meminta kenaikan dilakukan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, syarikat konsesi menyatakan kos operasi yang tinggi tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti pihak kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Kabinet sedang meneliti permintaan itu dari semua sudut. Jika kita tidak menaikkan kadar berdasarkan perjanjian konsesi pada tahun ini, kerajaan kena membayar pampasan RM580 juta kepada mereka.

“Dan pada tahun depan, jumlah tersebut boleh mencecah RM1.6 bilion,” katanya pada sidang media ketika merasmikan tugu peringatan pembinaan lebuh raya Gerik-Jeli di sini, Khamis.

Fadillah berkata jumlah tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk membina lebih banyak lagi prasarana jalan raya, sekolah dan hospital baharu.

“Kami perlu keseimbangan. Mampukah kerajaan untuk terus membayar pampasan tersebut?


“Jika kita memutuskan untuk menaikkan tol, kita perlu melihat kepada kepentingan rakyat dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat,” katanya.

Tambah Fadillah lagi, rundingan masih diadakan antara kerajaan dan 30 syarikat konsesi lebuh raya.

Sambil menyatakan bahawa syarikat konsesi berhak untuk menaikkan tol seperti yang ditetapkan dalam kontrak mereka, Fadillah berkata, kerajaan tidak pernah menaikkan kadar tol sejak 2008.

“Orang ramai juga perlu ingat bahawa pembinaan lebuh raya bergantung kepada banyak pihak berkepentingan, termasuk pelabur asing dan pihak bank yang membiayai kos.

“Jika tidak ada keputusan mengenai kenaikan tol, ia akan menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan itu,” kata Fadillah. – mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tol

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori