• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Kenaikan Tol, Libatkan Pampasan RM1.08b Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.

“Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.

“Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.

Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

“Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.

“Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban,” katanya.

Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur. – BERNAMA

https://youtu.be/7liDJtyyV-U

Tags: Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd