Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KPWKM Sedia Bekerjasama Kaji...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan...

Sedia Berkahwin, ‘Bakal’ Erry...

SUNYI tanpa publisiti, dalam diam rupa-rupanya pelakon, Erry putra mengakui sudah memiliki kekasih...

Jumlah Mangsa Bot Karam...

JOHOR BAHRU - Tiga lagi mayat mangsa bot pancung karam pada malam Selasa...

Mohamed Salah Pemain Terbaik...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA bagi musim 2017/2018 selepas...

Tampil Di Hadapan PAC Secara Sukarela – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU – Mereka yang dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu tampil secara sukarela, kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Ini adalah peluang baik untuk mereka membersihkan nama masing-masing berhubung dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penglibatan mereka dalam kontroversi 1MDB,” kata beliau.

Oleh itu, lebih baik mereka hadir di hadapan PAC secara sukarela dan bukannya pihak berkuasa mencari mereka, katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat Wanita Umno bahagian Pulai oleh Exco Wanita Umno Datuk Norliza Abd Rahim, Sabtu.

Nur Jazlan berkata PAC telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan pada Khamis untuk mencari ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk hadir di hadapan PAC pada 8 September ini.

PAC juga memanggil pengarah-pengarah Brazen Sky Sdn Bhd dan seorang dari syarikat di bawah 1MDB yang terlibat dengan pelaburan dalam PetroSaudi International pada 9 September dan 13 September, katanya.

“Adalah menjadi tanggungjawab kementerian sebagai pemegang saham utama 1MDB untuk mengesan mereka kerana mereka sepatutnya tahu di mana mereka berada,” kata Nur Jazlan.

Kementerian itu, katanya, boleh mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis untuk mencari mereka.


Jika mereka yang berkenaan gagal hadir, beliau berkata PAC akan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya yang akan dibuat.

Nur Jazlan berkata PAC telah menetapkan 4, 5 dan 7 Ogos untuk bertemu bekas-bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB dan 17 dan 18 Ogos dengan beberapa bekas pengarah.

PAC mahu mendengar daripada mereka mengenai dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo, katanya.

Di BERA, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap dakwaan Justo bahawa dia dijanjikan bayaran sebagai pertukaran dengan data yang diambil daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Beliau berkata dakwaan Justo itu boleh membantu siasatan yang sedang dijalankan dan boleh mengurangkan atau menghentikan spekulasi isu 1MDB. – mStar

https://youtu.be/Bxuyi5UZx_I

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori