• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pos & Kurier Sasar 1 Bilion Bungkusan Menjelang 2025

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Sektor pos dan kurier negara disasarkan mengendalikan 1.0 bilion bungkusan setahun menjelang 2025, dipacu perkembangan pesat perniagaan dalam talian, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Pegawai Kandungan, Keselamatan dan Inovasi SKMM, Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, kewujudan pelbagai syarikat atau perniagaan yang menawarkan penjualan barangan secara dalam talian kini membuka ruang untuk mencapai sasaran 1.0 bilion bungkusan itu.

“Walaupun tempahan dibuat secara dalam talian, namun penghantaran tetap dilakukan secara fizikal menggunakan perkhidmatan pos atau kurier,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi Townhall Industri Pos dan Kurier 2015 di Menara SKMM di sini hari ini.

Mohd Ali Hanafiah berkata, pada masa ini syarikat pos dan kurier dalam negara mengendalikan 150 juta bungkusan setahun dengan nilai keuntungan sebanyak RM3 bilion.

Jika sasaran mengendalikan 1.0 bilion bungkusan setahun menjelang 2025 tercapai, maka nilai keuntungan yang bakal diraih oleh syarikat dianggar mencecah RM10 bilion, katanya. – BERNAMA

Tags: kurierSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd