Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Taman Air Bukit Merah...

BAGAN SERAI - Taman air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini...

Video: Pasangan Gay Kena...

SATU pasangan gay telah dihempuk dengan kerusi di sebuah restoran barbeku di Manhattan...

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh...

BOTA - Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan luka di kepala...

Takut PRU-14, DUN P.Pinang...

LEWAT... Ketika kesemua negeri di Malaysia 'sibuk' membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing...

Sikap Murni Ditunjukkan Bapa Mithali Ini Patut Dicontohi

SEBELUM ini, gambar seorang bapa bersama tiga anaknya yang ingin pulang berhari raya di Pulau Pinang dengan hanya manaiki motorsikal menjadi viral di media sosial.

Tayar Motor Pancit? Sila Call Bapa Mithali Dalam Gambar Viral Ini..

Meskipun tidak mempunyai kereta, kegigihan dan ketabahan bapa bersama tiga anaknya itu yang ingin pulang beraya tidak pernah luntur, malah telah menyentuh hati ramai pengguna media sosial di Malaysia.

Maka, segelintir pengguna media sosial yang terserempak dengan keluarga tersebut mengambil peluang merakam gambar bersama mereka, selain meluahkan rasa kagum terhadap sikap lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Moza.

Kini, berita terbaru mengenai kisah keempat anak beranak ini dikongsikan oleh saudara Abdullah Firdaus Baharudin di halaman Facebooknya.

Dia berpeluang untuk berjumpa dengan bapa mithali ini dengan niat ingin memberi duit raya kepada anak-anaknya, tetapi tahukah anda apakah respon pertama kata-kata yang dikeluarkan oleh bapa mithali tersebut?

Haa.. apa yang berlaku anda boleh membaca di bawah.


bro nek motor

Allahuakbar. Alhamdulillah allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari sepang ke penang.

Ini aku jumpa dorang otw balik ke sepang. Aku dah perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit putra heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni.

Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak..”motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih.” Dalam keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang.

Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang. #idolaayahmalaysia #kasihayah

Anda lihatlah bertapa mulianya lelaki ini walaupun keadaan dirinya yang serba kekurangan, dia masih ingin membantu orang lain.

terbaik

Jadi kepada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan meringankan beban bapa contoh ini, boleh la lihat keterangan yang dikongsikan oleh saudara Abdullah Firdaus di halaman Facebooknya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Abdullah Firdaus Baharuddin

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori