• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Raya Tak Raya Sama Saja.. Kami Tidur Bawah Jambatan!”

oleh AK-47
30/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAAT ini, kebanyakan kita sudah mula kembali bekerja selepas meraikan Aidilfitri namun mood raya masih terasa hangat dengan jemputan rumah terbuka yang semakin kerap diterima.

Begitu pun di sebalik keseronokan kebanyakan rakyat Malaysia menyambut Hari Raya, ada insan yang jangankan kata hendak merasa ke rumah terbuka, 1 Syawal yang lalu pun bagaikan tiada makna apa-apa.

Ketiadaan sambutan itu bukanlah disebabkan keengganan meraikan hari kebesaran bagi umat Islam tetapi dek kerana nasib diri yang tidak sebaik kebanyakan kita.

Antara insan yang memerlukan pengertian dan sokongan ini adalah Nadirah (bukan nama sebenar), 22, seorang gadis Orang Kelainan Upaya (OKU).

Masuk tahun ini, sudah lebih enam tahun Nadirah beraya sendirian tanpa keluarga setelah ditinggalkan di sebuah rumah anak yatim dan kini menjadi gelandangan.

Nadirah yang lumpuh kedua kaki, hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda selepas lumpuh setelah mengalami demam panas semasa kecil.

Definisi raya bagi diri Nadirah tiada bezanya seperti hari-hari biasa, tidurnya tetap berbumbungkan jambatan dan beralaskan kotak.

Usai takbir yang bergema membelah kesunyian kota di pagi raya, Nadirah tak merasa meriahnya sesi bersalaman, berpelukan bersama keluarga tersayang apatah lagi menikmati juadah raya beramai-ramai sambil bercanda.

Nadirah yang berasal dari Johor berkata, setelah bapanya meningggal dunia dia dihantar ke rumah anak yatim oleh ibunya dan apabila umurnya 17 tahun, dia menjadi gelandangan dan tinggal bersama beberapa kawan di bawah sebuah jambatan di Klang.

Menurutnya tiga tahun selepas menghuni jambatan di Klang, dia bersama rakan berpindah dan menetap pula di bawah sebuah jambatan di ibu kota.

Akmar (bukan nama sebenar) mempunyai 15 adik beradik dan seorang anak namun tidak pernah berhubung dengan mereka.
Akmar (bukan nama sebenar) mempunyai 15 adik beradik dan seorang anak namun tidak pernah berhubung dengan mereka.

Nasib malang turut dialami Mohd. Akmar (bukan nama sebenar), 45, yang sudah lebih 20 tahun beraya bersendirian di kaki lima sekitar ibu kota.

Dia yang merupakan seorang mualaf, mempunyai 15 adik beradik namun tidak lagi berhubung dengan mereka.

Akmar pernah berkahwin dan memiliki seorang anak yang dijaga oleh bekas isterinya namun dia tidak pernah menghubungi mereka.

Dia yang mengidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang mencari pendapatan dengan memungut dan menjual tin kosong.

“Pada hari raya, saya pakai baju raya yang diberikan oleh pihak NGO dan pergi ke masjid berdekatan untuk solat Aidilfitri. Kemudian sekadar duduk di kaki lima sahaja. Saya kurang sihat tidak boleh banyak berjalan,” katanya.

Nadirah dan Akmar penulis temui ketika menyertai Program Lemang & Rendang For Homeless anjuran bersama Yayasan Salam Malaysia dan iM4U yang mengedarkan lemang dan rendang untuk gelandangan serta penduduk di sekitar Chow Kit sempena Hari Raya.

M18 (1)M16 (1)M19 (1)

Dalam program tersebut, sebanyak 500 batang lemang serta rendang daging dan ayam telah diagihkan kepada golongan gelandangan dan yang kurang berkemampuan di sekitar Lorong Haji Taib, Lorong Tiong Nam dan Jalan Tunku Adul Rahman. Pengagihan oleh sukarelawan Yayasan Salam Malaysia dan iM4U bermula lebih kurang pukul 11 malam dan berakhir sekitar 2.30 pagi.

Rendang daging dan ayam disediakan oleh staf dan sukarelawan yang terlibat.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid (bertopi) dan Ketua Pegawai Operasi, Md. Ghani Ibrahim (berbaju melayu) turut mengagihkan bantuan makanan.
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid (bertopi) dan Ketua Pegawai Operasi, Md. Ghani Ibrahim (berbaju melayu) turut mengagihkan bantuan makanan.

Turut hadir dan membantu di dalam program ini ialah salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah SALAM iaitu Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Ketua Pegawai Operasi SALAM En. Md. Ghani Ibrahim, Pengarah Kumpulan Penjenamaan iM4U Encik Efny Johan, kakitangan SALAM, kakitangan iM4U, sukarelawan SALAM dan Sahabat Suri@SALAM. – MYNEWSHUB.CC

* Yayasan Salam menerusi Suri@Salam turut mengadakan outreach setiap minggu di kawasan di atas bagi mencari wanita yang ingin menyertai kelas-kelas kemahiran yang dijalankan NGO tersebut seperti kelas membuat kek dan pastri, kelas jahitan dan kraftangan, kelas komputer serta kelas fardhu ain. Suri@Salam turut menawarkan peluang pekerjaan membuat kerepek untuk jualan dan keuntungan dibayar sebagai gaji kepada Sahabat yang berdaftar. 

Penulis: Siti Nooralina Ahmad, Sukarelawan Suri@Salam, Yayasan Salam Malaysia

Video: Takbir Raya/Makan Raya Dianjurkan NGO @ Individu (Lain) Di Chow Kit

Tags: gelandanganNGO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video mendakwa kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan bukan dalam bahasa Melayu tular...

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd