• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Portal Khas Kanak-Kanak Hilang Dilancarkan PDRM

oleh AK-47
14/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 401 kes kanak-kanak dan remaja yang hilang sejak tahun 2011 dilaporkan masih belum dapat diselesaikan.

Adakah nasib kanak-kanak malang ini masih selamat?

Persoalan ini sememangnya sukar untuk dijawab dan rata-rata masyarakat masih kurang diberikan maklumat mengenai kes-kes kehilangan kanak-kanak ini.

Bagi memudahkan carian kanak-kanak atau remaja hilang dan memberikan orang ramai akses kepada maklumat mengenai mereka, Polis Diraja Malaysia kini melancarkan Portal Kanak-Kanak Hilang, knk2hilang.rmp.gov.my.

Melalui laman ini kesemua senarai kanak-kanak atau remaja yang dilaporkan hilang dapat dilihat sekaligus lengkap dengan gambar.

Maklumat tentang bila mereka hilang dan tanda pengenalan diri turut disertakan.

knk4
Orang ramai boleh melayari laman portal http://knk2hilang.rmp.gov.my jika mempunyai sebarang maklumat untuk dilaporkan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak hilang.

Terdapat juga senarai pegawai polis yang boleh dihubungi sekiranya anda mengetahui lokasi kanak-kanak atau remaja yang hilang ini mengikut negeri.

Portal ini juga menyenaraikan carian mengikut negeri bagi memudahkan proses pencarian kepada skala yang lebih kecil serta mudah.

Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik oleh pihak PDRM bagi menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja.

Tetapi jika kami boleh berikan sedikit komen membina, ada baiknya jika gambar beresolusi lebih tinggi digunakan.

knk2

Ini kerana beberapa gambar individu hilang langsung tidak jelas dan merupakan gambar dari flyer yang dicetak di atas kertas sahaja.

Terdapat juga gambar yang senget dan tidak berwarna, justeru bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti mereka yang hilang ini ada baiknya gambar lebih berkualiti digunakan.

Seperkara lagi ialah alamat laman web yang terlalu panjang dan sukar untuk dihafal.

Diharapkan saranan kami ini boleh dipertimbangkan PDRM kerana kami rasakan idea Portal Kanak-Kanak Hilang ini sememangnya bagus dan apa yang diperlukan cuma memperkemaskannya agar lebih efektif dan berguna. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Layari: Portal Kanak-Kanak Hilang Polis Diraja Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=PFj6M5FgLlQ

Tags: budak hilangkanak-kanakKerajaanlaman webPDRMPortal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd