• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Sarawak Report Kerana Sebar Fitnah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis kini menjalankan siasatan terhadap portal berita Sarawak Report kerana disyaki menyebarkan fitnah dengan mendakwa kononnya wujud draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dijalankan kerana portal berita itu cuba menganggu gugat sistem demokrasi berparlimen di negara ini, mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Beberapa laporan polis mula diterima sejak semalam dan polis akan menjalankan siasatan terhadap fitnah dan dakwaan tidak berasas itu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Khalid menegaskan penafian terhadap laporan Sarawak Report telah dilakukan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan tidak perlu untuk polis memanggil beliau ataupun bekas Peguam Negara lain bagi mengambil keterangan berhubung perkara tersebut.

Peguam Negara hari ini menafikan kewujudan dokumen pertuduhan terhadap Najib dan tuduhan oleh Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik berita itu adalah palsu. – BERNAMA

Tags: fitnahSarawak Report
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Penunggang Agama Bergerak Penuh Kebencian, Fitnah Cacian Wirid Harian – PMX

Kumpulan Penunggang Agama Bergerak Penuh Kebencian, Fitnah Cacian Wirid Harian – PMX

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kumpulan yang menunggang nama...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd