• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Edar Kopi & Snek Percuma Kepada Pemandu Hari Raya Ini

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menyediakan minuman kopi dalam tin dan makanan ringan percuma kepada pengguna jalan raya bermula 15 Julai.

Ia akan diagihkan di 40 stesen Petronas terpilih di sepanjang lebuh raya dan jalan utama seluruh negara.

Pengarah Urusannya Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata kempen ‘Petronas Coffee Break’ yang kini memasuki tahun ke-16 itu akan bermula dengan fasa pertama pada 15 dan 16 Julai manakala fasa kedua pada 20 dan 21 Julai.

“Sebagai syarikat yang mengamalkan ‘Safety Gets You There’ dalam semua aspek operasi kami, PDB meneruskan kempen ini bagi memastikan semua pemandu dan keluarga mereka dapat menikmati perjalanan dan sampai ke destinasi dengan selamat.

“Kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan untuk mengingatkan semua pengguna jalan raya tentang kepentingan keselamatan jalan raya,” kata Mohd Ibrahimnuddin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PDB dalam kenyataan Selasa.

Selain pada Hari Raya Aidilfitri, pek ‘Petronas Coffee Break’ juga turut diedarkan kepada pengguna jalan raya di 39 stesen Petronas pada musim perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Hari Rayapetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd