• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Minta Pencarum Manfaatkan Baucar Kesihatan

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Muar meminta kira-kira 400,000 pencarum di daerah ini agar memanfaatkan baucar kesihatan yang membolehkan mereka melakukan saringan kesihatan di lebih 2,000 klinik panel di seluruh negara.

Pengurus Perkeso Cawangan Muar, Redhuan Muda@Mohad Yatim berkata ini kerana masih ramai pencarum tidak mengambil kesempatan itu untuk melakukan saringan kesihatan disebabkan faktor takut.

“Ramai daripada kalangan pencarum enggan melakukan ujian Program Saringan Kesihatan’ ini atas faktor takut kerana khuatir mereka disahkan menghidap penyakit tertentu.

“Kami nasihatkan para pencarum agar gunakan kesempatan baucar percuma yang diberikan untuk tempoh sekali sahaja bagi membuat ujian kesihatan,” katanya kepada Bernama.

Redhuan berkata adalah lebih baik mereka mengetahui status sebenar tahap kesihatan mereka kerana jika tidak, penyakit yang tidak diketahui itu boleh diibaratkan sebagai ‘bom jangka’.

“Bayangkan mereka tidak mengetahui yang mereka sebenarnya menghidap penyakit kronik dan masalah jantung. Sekiranya mereka mengetahui tahap kesihatan lebih awal sudah tentu mereka boleh melakukan rawatan awal,” katanya.

Beliau berkata setiap majikan telah diberikan baucar berkenaan untuk diberikan kepada semua pencarum lelaki dan wanita yang berusia 40 tahun ke atas.

Menurut beliau hanya kira-kira 30 peratus pencarum di seluruh negara yang mengguna dan memanfaatkan baucar berkenaan untuk melakukan ujian saringan kesihatan.

Dalam isu berasingan, beliau meminta pihak media dan orang ramai agar memaklumkan mengenai sebarang kes seperti kemalangan maut membabitkan pekerja kilang.

Ini kerana pertubuhan itu mempunyai unit Skuad Pantas untuk mengesan dan memastikan bayaran pampasan diproses segera kepada pencarum yang terlibat.

“Walaupun tidak ada keluarga mangsa yang memaklumkan, skuad ini akan menyiasat segera dan jika benar ia adalah pencarum, proses pemberian pampasan akan dilakukan segera,” katanya menambah Johor merupakan antara negeri pertama mempunyai skuad berkenaan. – BERNAMA

Tags: kesihatanPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd