• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi ‘Datuk’ Direman Bantu Siasatan Akaun 1MDB

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar ‘datuk’ menjadi individu keempat yang direman bagi membantu siasatan terhadap akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman empat hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 48 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditemui di mahkamah, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 iaitu menerima atau cuba mendapatkan rasuah.

Lelaki berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 7 malam tadi ketika tampil secara sukarela untuk memberikan keterangan, menurut pegawai itu.

Terdahulu, mahkamah sama membebaskan seorang pengarah urusan syarikat yang juga bergelar ‘datuk’ selepas direman sejak Rabu bagi membantu siasatan kes yang sama.

Lelaki berusia 54 tahun itu yang merupakan individu kedua direman, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 iaitu RM20,000 dalam bentuk tunai dan RM80,000 lagi jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Menurut SPRM lelaki berkenaan dibebaskan sehari lebih awal kerana soal siasat ke atasnya telah selesai. – BERNAMA

Tags: 1MDBpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd