• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP DBKL Mhd Amin Nordin Dilantik Datuk Bandar KL Yang Baharu

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, 59, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 18 Julai ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pelantikan Mhd Amin sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-11 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengikut Bahagian II Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata pelantikan ini adalah untuk tempoh dua tahun.

Kontrak perkhidmatan Datuk Bandar Kuala Lumpur sekarang Tan Sri Ahmad Phesal Talib tamat pada 17 Julai ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kerana sepanjang perkhidmatan Ahmad Phesal sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, pelbagai perkara dasar dan pelaksanaan di peringkat DBKL dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang,” kata Tengku Adnan.

“Tempoh selama 37 tahun pengalaman beliau di DBKL akan banyak membantu beliau untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai Datuk Bandar,” kata Tengku Adnan mengulas pelantikan Mhd Amin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Dalam Negeri Datuk Hasim Ismail, 58, dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos, menggantikan Tan Sri Aseh Che Mat yang tamat tempoh kontraknya pada 31 Julai.

“Pelantikan Hasim menerajui Putrajaya diharap dapat meneruskan kecemerlangan yang dibawa Tan Sri Aseh sehingga menjadikan Putrajaya, bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ketika ini, malah dikenali di mata dunia menerusi pelbagai penganjuran acara berprestij dan bertaraf dunia.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Aseh yang telah membawa Putrajaya ke landasan yang tepat serta mewujudkan ikon tersendiri,” kata Tengku Adnan.

Hasim yang berasal dari Melaka pernah menjawat pelbagai jawatan lain, antaranya Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: DBKLJawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Serah Keputusan Kepada Presiden Dan Pucuk Pimpinan Parti’ – ADUN Lenggeng

‘Saya Serah Keputusan Kepada Presiden Dan Pucuk Pimpinan Parti’ – ADUN Lenggeng

29/04/2026
0

SEREMBAN - "Saya serahkan semua keputusan kepada Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan pucuk pimpinan parti (UMNO)" Demikian...

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd