• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa Bebas Tentukan Kelayakan Pekerja Dapat Pencen Ilat

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa bebas yang dikenali sebagai Jemaah Doktor (JD) dan Jemaah Doktor Rayuan (JDR) diwujudkan khas bagi memutuskan soal keilatan pekerja (pencarum Perkeso) akibat keuzuran berkekalan sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin boleh diubati.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata jemaah doktor itu membuat penilaian secara telus, objektif, tepat, konsisten dan adil dalam menentukan kelayakan seseorang pekerja mendapat pencen ilat.

“Ahli JD dan JDR adalah terdiri daripada pakar-pakar perubatan dalam bidang masing-masing serta sedang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan yang melihat kepada masalah perubatan, membuat keputusan secara menyeluruh takat hilang upaya, mengaitkan keupayaan pesakit meneruskan pekerjaan dan memperolehi pendapatan menguntungkan,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Ismail menjawab soalan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai sejauh mana ketelusan kelulusan pencen ilat dapat menjamin kebajikan pekerja memandangkan kelulusan permohonan bagi pencen ilat adalah terhad dan tertakluk kepada jemaah doktor yang diamanahkan melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata keputusan yang dibuat jemaah doktor berkenaan perlu merujuk kepada Jadual Kedua, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Buku Garis Panduan yang ditetapkan.

“Buku garis panduan itu ialah Garis Panduan Hilangupaya Kecederaan Kemalangan, Penyakit Khidmat dan Keilatan serta Manual Panduan Taksiran Hilangupaya Berdasarkan Pekerjaan untuk Kegunaan JD dan JDR Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memberi tumpuan kepada hubung kait antara keupayaan individu dan kerjayanya,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata JD dan JDR diwujudkan berdasarkan bidang kuasa menteri seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan (79), Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 iaitu melalui Warta Kerajaan.

Menurutnya, pelantikan jemaah doktor itu mengambil kira kelayakan dan kepakaran bagi menentukan tahap keilatan pekerja yang merupakan pencarum Perkeso. – BERNAMA

Tags: PencenPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd