• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKRAM Bimbang Sikap Umat Islam Malaysia

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan masyarakat Islam Malaysia yang suka mereka-reka atau menyebarkan maklumat palsu yang mereka peroleh di media sosial.

Timbalan Presidennya, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, penyebaran maklumat palsu untuk merendah-rendahkan pemimpin, individu atau organisasi tertentu itu dianggap sebagai satu perbuatan fitnah dalam Islam.

“Perbuatan tersebut (fitnah) adalah haram dan amat dimurkai Allah S.W.T kerana ia menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang insan.

“Allah S.W.T berfirman “Dan janganlah engkau (berkisar daripada pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya); Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasanuddin memberi contoh fitnah yang berlaku ke atas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini berhubung satu `Tweet’ mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kononnya oleh Ahmad dan disebarkan orang ramai di media sosial.

Tegasnya, `Tweet’ palsu yang menyatakan rakyat tidak berasa sebarang beban ekonomi kerana masih memenuhi restoran KFC merupakan satu fitnah ke atas Ahmad kerana Ahmad tidak pernah membuat kenyataan itu.

“Beliau (Ahmad) yang telah dihubungi menafikan sekeras-kerasnya telah menulis melalui halaman Twitternya dengan sebegitu rupa.

Justeru, Hasanuddin berasa kesal dengan senario yang berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia itu kerana sebarang perbezaan pandangan dalam apa pun isu bersabit hal mengurus tadbir negara tidak boleh menghalalkan mana-mana pihak membuat fitnah dan menyebarkannya.

“IKRAM membantah budaya buruk ini dan menasihati orang ramai agar menyemak sesuatu berita sebelum menyebarkannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IKRAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd