• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Pekerja Asing Cecah RM5 Ribu, Apa Kata Anda?

oleh AK-47
29/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui yang jumlah pekerja asing di Malaysia dewasa ini adalah amat ramai.

Setakat tahun ini saja, jumlah mereka yang bekerja secara sah atau haram di pelbagai sektor di negara ini dikatakan mencecah 6.7 juta orang.

Tenaga-tenaga asing ini pula jika dibandingkan dengan tahap kualiti komited terhadap pekerjaan, merekalah yang mendahului berbanding rakyat tempatan.

Maka, kebanyakan majikan akan memilih pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana kadar bayaran gaji yang diberikan adalah lebih murah dan sudah semestinya faktor ‘rajin bekerja’ mereka.

Dek kerana sikap dan ‘mindset’ rajin bekerja inilah, seorang pekerja asing dikatakan telah menerima gaji bulanannya setinggi RM5,000.

nepal 5k
Gambar salinan slip gaji RM5 ribu ini menimbulkan ‘keriuhan’ dalam kalangan netizen.

Berdasarkan salinan itu, nyata pekerja asing yang bekerja sebagai ‘loader’ di sebuah syarikat pengendalian mendapat bayaran pokok yang rendah iaitu sebanyak RM900.00 sahaja sebulan, tidak mampu menyamai harga bayaran bulanan kereta mewah anda.

Namun apa yang dikagumi ialah kecekalan pekerja ini mengambil peluang yang sedia ada untuk meraih semaksima mungkin pendapatan bulanan melalui elaun ‘overtime’ sebanyak RM1,734,00 iaitu hampir dua kali ganda gajinya.

Selain itu, turut diterima adalah imbuhan pelarasan sebanyak RM2,103.00 yang mungkin merupakan baki tunggakan gaji daripada bulan lepas sekaligus menjadikan jumlah pendapatannya meningkat menjadi RM5,241.00.

Apa yang pasti, niat kebanyakan pekerja asing yang datang ke sini adalah untuk menyara kehidupan keluarga di kampung halaman mereka.

Berbanding dengan orang kita, gaji nak tinggi tetapi kualiti kerja diberi kadang kala amat menyedihkan.

Sebagai contoh lagi, seorang sahabat kami yang berada di sektor binaan meluahkan rasa dukacitanya terhadap mutu pekerja tempatan.

Beliau menyifatkan tidak ramai pekerja tempatan yang komited dengan tugasan diberikan kepada mereka berbanding pekerja asing.

“Di kalangan pekerja tempatan kalau buat satu-satu projek contohnya, orang lain (warga asing) pukul 8 sudah terpacak di tapak projek untuk memulakan kerja. Tetapi dikalangan pekerja tempatan ada yang dilihat ‘lenggang-kangkung’ di awal pagi, pukul 9 baru nak memulakan kerja,” luahnya.

Apa-apa pun, kebanyakan penggangur di Malaysia adalah orang tempatan kita, walhal kerja melambak-lambak di luar sana.

Bukankah rezeki Allah itu sangat luas? Buka mata dan rajinkan diri sahaja.. Insyallah lebih RM10,000 pun boleh kita kecapi setiap bulan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Tags: Gajipekerjapekerja asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd