• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Pasukan Petugas Khas Jalankan Tugas – Khairy

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Beri kepercayaan dan peluang kepada Pasukan Petugas Khas berhubung dakwaan penyaluran dana ke dalam akaun Perdana Menteri menjalankan tugas mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya beliau yakin pasukan itu akan menjalankan siasatan sedalam mungkin dengan adil tanpa memberi keistimewaan kepada mana-mana pihak walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dikaitkan dengan kes itu.

“Daripada apa yang saya lihat mereka sangat proaktif, mereka sudah pergi ke pejabat 1MDB dan mengambil dokumen berkaitan, kita perlu mempunyai keyakinan terhadap institusi yang terlibat.

“Reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa dipertaruhkan di sini dan atas sebab itu saya yakin pasukan akan mengeluarkan laporan yang boleh dipercayai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Youth Trailblazers Challenge, di sini hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata demikian ketika mengulas kritikan terhadap siasatan yang dijalankan oleh pasukan itu.

Pasukan itu terdiri daripada wakil Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menjalankan siasatan berikutan dakwaan The Wall Street Journal kononnya wujud penyaluran dana berkaitan 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Diminta mengulas mengenai laporan terbaru Sarawak Report bahawa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Khairy berkata jika terdapat maklumat baharu yang muncul ia sudah pasti akan turut disiasat pasukan itu.

“Saya pasti semuanya akan disiasat termasuk tuduhan baharu itu. Tiada siapa terkecuali daripada undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd