DUA hari lalu isu gambar bogel pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs yang tersebar di laman sosial instagram telah menjadi bualan hangat.
Marc yang hanya berdiam diri mengenai isu tersebut kini dengan berani telah membuat pengakuan bahawa dia tersilap memuat naik gambar bogel dari sisi tepi yang menampakkan aset ‘penting’ itu di intagram.
[MARC JACOBS TERSILAP, POS GAMBAR BOGEL DI INSTAGRAM]
Dia mengaku mahu memberikan gambar tersebut kepada seseorang melalui private message di instagram tetapi tersalah dan dedahkannya kepada umum sebelum memadamnya semula.
Melalui laman komen di instagram, Marc yang juga seorang homoseksual memberitahu dia sedang ‘berkenalan’ dengan seorang lelaki yang ditemuinya di laman sosial itu dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung.
Isu gambar bogel Marc ini mendapat perhatian selepas seorang peminatnya sempat membuat screenshot sebelum dipadam oleh pereka fesyen itu. – MYNEWSHUB.CC