• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balasan Rogol Remaja Bawah Umur

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kejam! Itu kata hakim kepada seorang penganggur sebelum menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan kerana merogol seorang remaja berusia 13 tahun yang turut diacukan parang dan ditumbuk.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Rezza Fitri Sepei, 30, di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

“Perlakuan kamu sungguh serius dan kejam! Saya harap hukuman yang dijatuhkan ini akan memberi peluang kepada kamu berfikir apa yang sudah kamu lakukan dan jadikannya pengajaran serta belajar daripada kesilapan ini,” kata hakim.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun 10 bulan itu di tepi kawasan tanah kosong berhampiran kebun getah di Kampung Tegayong, Melor, di sini, antara jam 11 malam dan 12 tengah malam, 19 April lalu.

Pada jam 9.30 malam kejadian, mangsa tertidur di bahagian tengah rumahnya bersama adik perempuan berusia 11 tahun. Tiba-tiba, mangsa dikejutkan seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Ropi iaitu tertuduh.

Tertuduh mengheret mangsa ke ruang tamu sambil mengacu parang kepada mangsa. Mangsa cuba melawan menyebabkan tertuduh terlanggar rak pinggan. Bapa mangsa yang ada di luar rumah masuk ke dapur.

Ketika itu, bapanya pula diacukan parang dan tidak dapat berbuat apa-apa. Tertuduh terus mengheretnya ke dalam hutan berhampiran rumah dan merogolnya. Mangsa cuba melawan, tetapi ditumbuk di bahagian kiri muka.

Seterusnya, mangsa kemudian meminta tertuduh supaya membenarkannya pulang dan tertuduh berpesan agar tidak menceritakan kejadian itu kepada ayahnya. Pada keesokan hari, mangsa dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Pemeriksaan doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, mengesahkan mangsa dirogol dan mengalami luka pada bahagian belakang dan lutut kiri. Mangsa cam tertuduh melalui kawad cam kerana memang kenal tertuduh.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mariah Omar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira jenayah serius yang dilakukan terhadap remaja terbabit.

Hukuman diarah berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditahan pada 22 April lalu. – Sinar Harian Online

Tags: kes rogollelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd