• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi WhatsApp Hubungkan Warga Malaysia Di Kota Delhi

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Bagi kira-kira 40 warga Malaysia yang bekerja di ibu negara India ini, perasaan sunyi, bosan atau kurangnya teman kini berlalu dengan adanya aplikasi WhatsApp, cara mudah untuk menghantar pesanan ringkas.

Dimulakan kira-kira dua bulan lepas oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid, jumlah peserta dalam kumpulan WhatsApp itu semakin bertambah daripada sekitar 15 warga Malaysia.

Anggota kumpulan ini bukan hanya terdiri daripada mereka yang tinggal di New Delhi, tetapi juga warga Malaysia di negeri berjiran yang jauh dari sini seperti di Haryana dan Uttar Pradesh.

Selain bertanyakan khabar, mereka bertukar-tukar maklumat daripada tip membeli-belah, kembara sehinggalah kepada perkembangan politik mutakhir di tanah air.

Paling penting, kumpulan ‘Under Delhi’ menjadi wadah untuk berkongsi maklumat berkaitan prosedur untuk berurusan dengan jabatan kerajaan India, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru tiba di sini.

Wan Aznainizam berkata suruhanjaya tinggi itu sering menasihati warga Malaysia di ibu kota itu dan kawasan lain di India untuk mendaftar diri dengan suruhanjaya berkenaan.

“Dengan pelbagai aplikasi tersedia terutamanya menerusi telefon pintar, lebih mudah dan pantas untuk berhubung serta berkomunikasi dengan mereka semua selain memberi perkembangan terkini berkaitan makluman, acara dan kemudahan terbaharu yang ada di suruhanjaya,” kata Wan Aznainizam.

Usahawan, James Yeoh yang tinggal di Gurgaon, Haryana, kira-kira 45 minit perjalanan dengan kereta dari New Delhi, menyambut baik inisiatif itu yang menyediakan platform yang baik bagi warga Malaysia untuk saling berkomunikasi dan menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

“Kami boleh mengharapkan rakan-rakan kami warga Malaysia semasa melalui saat-saat sukar, lebih-lebih lagi ketika tinggal di negara asing,” tegas Yeoh.

Kata Yeoh, beliau agak terkejut dengan jumlah warga Malaysia yang bekerja serta tinggal di New Delhi dan kini mengharapkan untuk mengadakan lebih banyak interaksi dengan rakan senegaranya.

Sementara itu, J.Nagaraja, pengurus teknikal sebuah syarikat pengeluaran di Behror, Rajasthan, kira-kira 200 km dari New Delhi, berkata aplikasi itu merupakan rangkaian yang baik untuk berinteraksi dengan warga Malaysia.

“Anda boleh mendapat maklumat hampir setiap masa dan ia menjadi lebih mudah dengan adanya beberapa pegawai suruhanjaya tinggi dalam kumpulan ini,” kata Nagaraja. – BERNAMA

Tags: whatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd