• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Permintaan Peribadi Tun M Terjawab

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegaskan punca Tun Dr Mahathir Mohamad marah dengannya adalah kerana keenganan melayan beberapa permintaan peribadi mantan Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir sendiri sehingga hari ini tidak pernah menafikan bahawa beliau ada membuat permintaan peribadi dengan Najib menjadikan dakwaan Najib sebagai benar.

Berikutan itu, Mynewshub cuba mendapatkan kepastian dan jawapan dari sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri akan apakah permintaan peribadi yang dimaksudkan itu.

Menurut sumber, terdapat dua perkara yang ditolak Najib yang menyebabkan Dr Mahathir begitu marah dengan beliau sehingga memulakan serangan termasuk yang bersifat peribadi.

Pertama adalah pemintaan Dr Mahathir untuk mendapatkan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM1.7 bilion bagi Proton yang menjadi isu sejak tahun lepas lagi.

“Perdana Menteri menolak kerana jumlah yang terlalu besar dan Proton kini dah jadi milik swasta (dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sejak 2012).

“Kalau kerajaan beri kepada Proton, banyak lagi syarikat lain akan menjerit meminta dana atas alasan mengapa Proton boleh dan mereka tidak,” jelasnya kepada Mynewshub ketika dihubungi baru-baru ini.

Sebelum ini, permohonan dana oleh Dr Mahathir untuk Proton telah diramal banyak pihak akan menimbulkan masalah politik andai ia ditolak.

Permintaan kedua menurut sumber adalah Dr Mahathir mahukan beberapa projek bernilai tinggi (kaedah direct negotiation) untuk sekumpulan peniaga Cina yang juga rakan-rakan rapat beliau.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan siapa rakan-rakan rapat berkenaan namun memberitahu ia adalah kumpulan rakan-rakan lama Dr Mahathir.

“Dr Mahathir dan Najib dahulu sering bertemu face to face dan ketika itu Tun membuat permintaan, tetapi Najib bimbang dengan pemberian kontrak direct nego kerana rakyat akan marah bila ia tersebar,” katanya. – MYNEWSHUB

BACA JUGA: Dulu Kutuk Media Barat, Kini Tun M Jilat Ludah Sendiri

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd