• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Kematian Akibat Denggi Di Perak – Exco

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 17 kematian akibat denggi dicatatkan di Perak bagi tempoh Januari lepas hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata kes kematian terbaru direkodkan dua hari lepas.

Katanya jumlah kematian itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding tujuh kematian akibat denggi dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.

“Setakat ini, jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat 98.6 peratus iaitu 6,267 kes berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak 3,155 kes,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Petugas Khas Aedes di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kes demam denggi di Perak menunjukkan trend penurunan apabila jumlah kes dalam laporan pada minggu ke-29 tahun ini lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam pada itu, Dr Mah berkata Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Dua di Manjoi di sini tidak lagi tersenarai sebagai kawasan panas yang mempunyai tempoh penularan wabak denggi paling lama di Malaysia

Beliau berkata kampung itu terkeluar daripada senarai kawasan panas denggi pada 19 Julai lepas berikutan terdapat penurunan kes susulan usaha pasukan petugas melakukan gotong-royong dan tindakan pemilik premis menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Katanya kini fokus diberikan untuk menangani masalah sama di kawasan Taman Cempaka dengan JKN akan mengadakan program gotong royong ‘X-Aedes’ pada Isnin ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengedarkan 8,000 lingkaran ubat nyamuk secara percuma kepada pemilik 3,712 unit kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Katanya masalah itu berpunca kerana terdapat 75 buah rumah terbiar dan 310 rumah kosong di kawasan itu yang dipenuhi semak-samun dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. – BERNAMA

Tags: demam denggiPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd