• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Serah Rumah Baharu Kepada Ibu Tunggal Hari Ini

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Projek Baiti Jannati Peringkat Negeri Perak 2015 hari ini menyerahkan sebuah rumah baharu kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.

Majlis penyerahan rumah itu disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau Siti Salmah Mat Jusak di Kampung Tanah Merah, Lubok Merbau di sini.

Rumah berharga RM20,000 itu dilengkapi tiga buah bilik tidur, ruang tamu, tandas dan perabot asas.

Ainul Nur Shaharudin, 28, yang bekerja sambilan sebagai pembantu gerai meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada TNB kerana sudi menyumbangkan rumah itu kepadanya.

“Dengan pemberian rumah baharu ini, sekurang-kurangnya dapat mengubah kehidupan saya dan anak-anak,” katanya ketika ditemui.

Pada majlis itu, Ainul turut menerima sumbangan barangan elektrik bernilai RM1,340 daripada Pelitawanis Kelab Kilat dan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPI) TNB Kuala Kangsar.

TNB memperuntukkan RM2.5 juta bagi melaksanakan Program Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku dengan membina 48 buah rumah di seluruh Semenanjung.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB Perak, Mohd Zahir Md Nagor berkata di Perak, sebanyak 28 buah rumah terlibat dengan projek itu sejak 2008 dengan jumlah kos pembinaan kira-kira RM700,000.

“Projek ini merupakan susulan daripada saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan dalam membantu kerajaan membaiki kediaman golongan sasaran.

“Pada tahun ini sahaja seramai tujuh orang penerima akan dibantu melalui program ini,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: bantuanIbuTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd