• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahaluf Siyasi: Pas Takut Allah Atau Takut Pakatan?

oleh
09/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKTAMAR Tahunan Pas ke-61 yang berakhir pada Sabtu bukan sekadar ‘panas’ dengan pemilihan parti yang menyaksikan pertembungan sengit antara kumpulan calon ulama dengan kelompok profesional atau Anwarinas.

Bahkan, persidangan kali ini yang berlangsung di Kuala Selangor, Selangor menyerlahkan lagi krisis identiti Pas lebih ‘berserabut’ apabila sesi perbahasan hari terakhir gagal merungkai hala tuju parti dalam isu Tahaluf Siyasi.

Semua maklum sebelum muktamar, Pas berkrisis dengan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR; sehingga terpaksa ‘berdrama’ ugut konon boikot jentera pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu.

Hakikatnya Pas sudah lama ‘diserang’ dua sekutunya sendiri sejak Pilihan Raya Umum pada 2013 lalu apabila beberapa kawasan ditandingi sesama mereka, sekali gus ‘memecahkan’ undi dalam kalangan penyokong tegar.

Kemuncaknya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar calon sekutu sebagai kaki pil kuda dan penyembah komunis sebab tergamak ‘menikam’ mereka di kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh wakil Pas.

Padahnya, bekas menteri besar Terengganu itu disaman fitnah oleh bekas calon PKR sebanyak RM2 juta; ironi pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim diam ‘seribu bahasa’ macam tiada apa-apa yang berlaku.

Mujur kes itu ditolak tetapi sekali lagi semangat setiakawan Tahaluf Siyasi mereka yang meniru konsep Barisan Nasional (BN), tidaklah seindah mana dan menyerlahkan rupa sebenar ibarat tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Siapa tidak lupa bekas Ketua Pemuda Pas yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan disaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya kerana menegur projek mewah dibawa pemimpin DAP di negeri itu.

Malah Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Perbandaran negeri itu kerana ‘berdosa’ kritik Guan Eng dalam isu perumahan ketika muktamar Pas di Batu Pahat, Johor tahun lalu.

Di Selangor, ketika krisis Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, DAP menuduh 4 wakil Pas yang setia jadi Exco kerajaan negeri waktu itu sebagai pengkhianat setelah wakil DAP dan PKR pula dibuang daripada jawatan Exco.

Sebaliknya, dua ADUN Pas ‘khianat’ menyokong Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu dijulang seperti hero walhal pimpinan Pas pusat mengarahkan semua ADUNnya menyebelahi Khalid.

Kedua-dua ADUN itu kemudian teruk dikecam hebat Abdul Hadi sebagai ‘broker dan barua’ apabila mereka dirakamkan gembira dirai serta dijulang seumpama wira dalam satu majlis anjuran DAP pada waktu tersebut.

Apakah mesej yang hendak disampaikan? Dibuang’ daripada Pas, diraikan oleh DAP. Derhaka kepada Pas, disanjung oleh DAP. Buruk kepada Pas, baik kepada DAP. Kesimpulannya Pas tidak mampu buat apa-apa pun!

Jangan lupa, BN Selangor ketika itu ditohmah dengan pelbagai gelaran hina oleh penyokong Pas hanya kerana menyokong Khalid dan Abdul Hadi dianggap pro-UMNO, peliknya mereka ‘senyap’ dengan DAP dan PKR.

Padahal kesemua ADUN BN berbuat demikian demi kestabilan kerajaan Selangor daripada ‘runtuh’ serta terpaksa membuat satu pilihan raya negeri, tetapi wakil BN difitnah ‘gila’ jawatan Exco dan GLC milik kerajaan negeri.

Realitinya, Pas dibuli oleh DAP dan PKR secara terbuka namun kerana ‘dendam’ dan perasaan benci amat sangat kepada BN dan UMNO, mereka boleh bersatu sehinggalah episod DUN Kelantan meluluskan Enakmen Hudud.

Sekali lagi, Pas dapat lihat siapa rakan dan lawan sebenar. Wakil BN yang dikutuk penyokong Pas bertindak sokong rang undang-undang jenayah Islam itu tetapi DAP dan PKR yang jelas menentang masih dianggap rakan.

Inilah peliknya Pas, konon prinsip Pakatan Rakyat (yang tidak pernah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sehingga kini) ialah bersetuju untuk tidak bersetuju demi ‘menawan’ Putrajaya. Hukum Hudud tolak ke tepi!

Tidak hairanlah apabila ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang berceramah mempertikaikan Hudud dalam satu forum anjuran Pas Kota Bharu di ibu negeri Serambi Mekah itu baru-baru ini, isu Tahaluf Siyasi menjadi senjata DAP dan PKR.

Dua parti itu nyata bijak mengeksploitasi Pas sehingga berani secara terbuka menyokong kumpulan calon tertentu sempena pemilihan pada muktamar kali ini sebagai strategi ‘membuang’ pemimpin yang tidak sealiran fahaman.

Guan Eng secara angkuh memberi isyarat mahu perwakilan Pas menjatuhkan Abdul Hadi yang dilabel sebagai penderhaka Pakatan Rakyat malah sanggup ‘putus’ dengan beliau, tetapi masih lagi jalin hubungan bersama Pas.

Inilah anehnya dan bertambah aneh apabila Dewan Ulama Pas Pusat menjelang muktamar berlangsung sebulat suara meluluskan usul putus hubungan dengan DAP tetapi enggan pula dibahaskan pada hari terakhir bersidang.

Misteri usul itu mencetuskan sensasi dalam kalangan perwakilan apabila Abdul Hadi bertegas Pas tetap dalam pakatan seolah-olah macam ada agenda tersirat: mudah cakap, depan kata lain tetapi belakang kata lain pula!

Inilah yang disuarakan lantang perwakilan Rembau, Negeri Sembilan, Mohd. Faiz Fadzil; anak bekas presiden Pas, allahyarham Datuk Fadzil Noor; ketika sesi perbahasan sambil meragui usul pemutusan Tahaluf Siyasi itu.

“Biarlah perwakilan bahas sama ada hendak keluar atau tidak. Jangan kita nak cerai tapi tinggal serumah… takkan kita tak nak kawan dengan DAP tetapi mahu kekal dalam pakatan? Ini satu pakatan yang tempang,” katanya.

Anehnya, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar dalam reaksinya berkata, usul berkenaan cuma dibincang di peringkat pimpinan kerana bimbang ia boleh menjejaskan kedudukan parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.

Nyatalah, Pas lebih takutkan kedudukan kuasa politik mereka terjejas dalam pakatan pembangkang termasuk bakal hilang jawatan Exco, GLC serta majlis tempatan di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru, Tahaluf Siyasi yang dilaung-laungkan pemimpin Pas selama ini sebenarnya adalah sandiwara, bukan kerana takut pada Allah SWT dan paling malang, hanya kerana benci BN dalam misi mahu menawan Putrajaya.

Teringat dialog sinis antara dua orang Cina ketika penulis menunggu giliran mahu menjelaskan cukai pintu sebuah majlis perbandaran di Selangor awal tahun ini yang menceritakan realiti sebenar kualiti politik pembangkang.

Mereka nyata marah apabila kerajaan negeri itu menaikkan kadar cukai pintu dan ia dilakukan secara senyap bagi mengelak kecoh dijadikan bahan politik yang menguntungkan BN dan hal ini juga berlaku di Pulau Pinang.

Salah seorangnya dengan nada kesal berkata: “Selama ini kita ingat pemerintahan BN yang teruk dan sanggup undi pakatan, tetapi kali ini barulah kita sedar pakatan jauh lebih lagi teruk!” – MYNEWSHUB

Tags: pakatan rakyatPASTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd