Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

David Teo Ditampar Ketika...

PUTRAJAYA - Sesi Perdana Menteri bersama selebriti dalam program Transformasi Nasional 2050 di...

Tunggu Dan Lihat Parti...

KOTA BARU - PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat parti mana yang akan...

VIDEO: Pemuda Ini Gunakan...

NAMPAKNYA insan bernama Akhwan Afandi Zulkifli ini mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian orang...

KPU Indonesia Adakan Pengundian...

JAKARTA – Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan suruhanjaya itu akan mengadakan pengundian...

Satu Daripada Silo Petronas Di Kerteh Terbakar

KUALA LUMPUR – Kebakaran dilaporkan berlaku di salah satu daripada silo (kapal penyimpanan produk perantaraan) di Petronas Chemicals LDPE Sdn. Bhd (PC LDPE) di Kertih kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurut Ketua Perhubungan Media, Petronas Chemicals Group Berhad, Ahmad Faiz Abdul Rahman, kebakaran terhad kepada PC LDPE dan tidak memberi kesan kepada pengeluaran di kilang PCG yang lain.

“Kebakaran bejaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Semua pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan mengenai insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad Faiz berkata tiada ancaman serta merta kepada kakitangan di lokasi kejadian atau masyarakat sekeliling.

Siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerosakan ke atas hartabenda, kata beliau.

Sementara itu, Pegawai Zon 2, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Azmi Abdul Rahim ketika dihubungi Bernama berkata sejurus menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan, pihaknya menghantar sebanyak 35 anggota termasuk unit Hazmat bersama tiga jentera bomba ke tempat kejadian.


Katanya sehingga jam 9 malam tadi pihaknya telah berjaya mengawal dan memadam api berkenaan namun masih ada tindak balas daripada bahan yang terbakar tersebut.

“Kita masih menjalankan operasi pemadaman dan penyejukan bagi mengelakkan bahan-bahan kimia yang diproses tersebut kembali aktif dan menyebabkan kebakaran lagi,” katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan kilang tersebut telah berjaya menutup injap paip yang terbakar bagi mengawal api dari merebak ke kawasan yang lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori