• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Adik: Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 16 Tahun, 20 Sebatan

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan terhadap seorang pengawal keselamatan kerana merogol adik perempuannya tahun lepas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan lelaki berumur 28 tahun itu terhadap sabitannya.

Beliau berkata mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan telahpun diperjelaskan kepada tertuduh sebelum dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Ampang.

Terdahulu peguam Auzan Hasanuddin Sazali, yang mewakili lelaki itu, berhujah bahawa Mahkamah Sesyen tidak seharusnya menerima pengakuan bersalah anak guamnya memandangkan dia tidak diwakili peguam dan tidak memahami akibat daripada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau mahu perkara itu dikembalikan kepada Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, bagaimanapun, berhujah Hakim Mahkamah Sesyen Manira Mohd Nor menegaskan bahawa tertuduh masih mahu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sungguhpun dia memahami akibatnya.

Pada 28 Feb tahun lepas, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol adik perempuannya berusia 23 tahun di rumah mereka di Ampang Jaya, pada 8 pagi, 14 dan 16 Feb tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan rotan bagi setiap kesalahan, yang dijalankan berturut-turut.

Rayuannya di Mahkamah Tinggi ditolak pada 27 Ogos tahun lepas.

Turut bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan itu ialah Hakim-Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Dr Prasad Sandosham Abraham. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=qeftywF9yEQ

Tags: kes rogolPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd