• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM378,486 Kutipan Tol Sehari Di Plaza Tol Batu 3 & Sungai Rasau

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM378,486 dikutip di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sehari, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah tersebut membabitkan sebanyak RM228,650 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM149,836 di Plaza Tol Sungai Rasau yang kedua-duanya terletak dalam jajaran Lebuhraya Persekutuan.

“Ini merupakan kutipan harian. Malah kadar tol di Plaza Tol Batu Tiga telah distruktur beberapa kali. Ia bertujuan memastikan kadar tol lebih rendah boleh dinikmati pengguna.

“Kadar tol di Plaza Tol Batu Tiga sepatutnya dibayar pengguna adalah RM2.40 bukannya RM1.10 tetapi ia telah diserap kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang ingin tahu status kedua-dua tol tersebut termasuk jumlah kutipan yang sepatutnya dikutip kerajaan.

Rosnah berkata mengenai jumlah trafik harian, Plaza Tol Batu Tiga mencatatkan sebanyak 155,662 kenderaan manakala 110,978 kenderaan di Plaza Tol Sungai Rasau.

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai plaza tol yang perlu dihapuskan, Rosnah berkata kerajaan mengambil konsep rundingan dengan syarikat konsesi sebelum sesuatu keputusan boleh dicapai.

“Rundingan ini bukan sahaja bukan membabitkan penutupan tol tetapi juga mengambil kira semua aspek dan melihat keperluan menstruktur semula kadar bayaran tol yang memerlukan persetujuan kedua-dua pihak,” katanya.

Jelas Rosnah, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam isu kadar tol termasuk penutupan tol, pemansuhan tol dan pengurangan kadar tol. – BERNAMA

 

Tags: KerajaanTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd