• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Digesa Hindari Perbalahan, kekalkan Keharmonian

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat negeri ini supaya menghindari sebarang perbalahan sebaliknya terus hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dan pegangan agama.

Baginda bertitah keamanan yang dikecapi oleh negara pada masa kini hanya dapat kekalkan jika rakyat bersama-sama menjaganya selain memberikan sokongan kepada pemerintah dan taat setia kepada raja supaya pembangunan terus dapat dilaksanakan untuk memajukan negara ini.

“Rakyat mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk menentukan semangat ukhwah dan silaturrahim yang terpaut selama ini terus terpaut di hati sanubari masing-masing.

“Dalam era globalisasi masa kini, pelbagai cabaran yang terpaksa kita hadapi termasuk tomahan serta percakapan tentang suasana politik, ekonomi dan pelbagai lagi yang perlu kita hadapi dan tangani secara bijaksana,” katanya.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan sumbangan zakat Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) kepada golongan yang memerlukan daerah Raub di Kampung Pamah Rawas Ulu Dong Raub di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Exco kerajaan Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin.

Dalam pada itu baginda mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk meningkatkan amal ibadat termasuk menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat.

Baginda yang juga sebagai Yang DiPertua MUIP melahirkan kesyukuran kerana kesedaran umat Islam di negeri ini untuk membayar zakat semakin meningkat dari tahun ke tahun.

“Tahun lepas sahaja MUIP berjaya mengutip sebanyak RM109 juta berbanding 20 tahun lepas hanya sekitar RM36 juta,” titah baginda.

Oleh itu baginda berharap agar lebih ramai lagi umat Islam dan koporat tampil melaksanakan tanggungjawab tersebut agar hasilnya dapat digunakan untuk membantu golongan asnaf termasuk orang miskin, anak yatim dan warga emas. – BERNAMA

 

Tags: rakyat MalaysiaTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd