• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh Raya Mohon Kenaikan Kadar Tol

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
46
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.

“PSKLM mengulangi komitmen untuk menyediakan perkhidmatan dan fasiliti terbaik untuk pengguna serta menyelenggara kemudahan lebuh raya yang sedia ada.

“Kami percaya ia boleh dilakukan tanpa menimbulkan implikasi bebanan kewangan kepada kerajaan atau kesemua rakyat Malaysia dengan menggunakan konsep ‘user pay’, iaitu pengguna yang menggunakan kemudahan itu sahaja yang dikenakan bayaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, yang disiarkan portal Free Malaysia Today pada 24 Jun bertajuk ‘Kerajaan Belum Putuskan Kenaikan Tol’.

Menurut Fadillah, Kabinet belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol dan sebarang keputusan adalah dengan mengkaji kesannya kepada kedudukan kewangan negara.

Zainudin berkata anggota PSKLM akan terus berusaha untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam memberi lebih nilai tambah kepada orang ramai khususnya kepada pengguna lebuh raya.

“Inisiatif tersebut bertujuan untuk membantu orang ramai membuat penjimatan apabila menggunakan perkhidmatan lebuh raya seperti pemberian rebat tol, diskaun tol dan lain-lain.

“Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, rebat serta diskaun kadar tol akan diperkenalkan oleh sebahagian anggota kami dan maklumat lanjut akan diumumkan oleh syarikat masing-masing.

“PSKLM akan terus berusaha memastikan syarikat konsesi meningkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk menaik taraf kemudahan di lebuh raya di samping mencari pendekatan untuk menaikkan kadar tol,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd