• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penderma Darah Sweden Terima SMS Tiap Kali Darah Digunakan

oleh AK-47
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOALAN pertama dari kami ialah pernahkah anda menderma darah?

Bagi yang pernah, tahniah kami ucapkan kerana setiap darah yang diderma itu merupakan sumbangan yang berharga terhadap pesakit.

Darah tersebut digunakan sewaktu melalui proses pembedahan bagi menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Kami masih ingat lagi sewaktu di alam Universiti dahulu, selepas darah diderma, kami akan diberi kupon untuk mengambil makanan percuma.

Itulah tanda terima kasih yang diterima selepas menderma.

Namun, selepas itu penderma tidak mengetahui apakah yang berlaku kepada darah mereka.

Di Sweden, sebuah program baru dilancarkan di mana penderma akan menerima khidmat pesanan ringkas memberitahu darah mereka telah digunakan dan berserta nota berterima kasi atas sumbangan mereka.

Buat pengetahuan anda, sistem khidmat pesanan ringkas ini sudah digunakan sejak tiga tahun yang lalu di Stockholm.

Ia dimulakan bagi meningkatkan jumlah penderma darah yang semakin berkurangan di sana.

Di laporkan, selepas kempen berjalan, jumlah penderma darah di Stockholm bertambah kerana penderma kini mengetahui darah mereka berjaya menyelamatkan nyawa.

derma3

derma2

Disebabkan reaksi yang teramat positif daripada penderma, kempen tersebut telah diperkembangkan ke seluruh Sweden.

Selain daripada itu, di Sweden anda boleh melihat jumlah simpanan darah mengikut jenis secara terus melalui laman web.

Penderma yang mempunyai jenis darah tertentu boleh mengetahui sama ada darah mereka diperlukan ataupun tidak.

Screen Shot 2015-06-10 at 12.43.12

Penderma darah juga digalakkan berkongsi alamat emel, Facebook dan Twitter dengan pihak berwajib ketika menderma.

Dengan maklumat ini bank darah dapat berhubung dengan mereka melalui tiga akaun tersebut untuk menderma apabila ianya diperlukan.

Ini sememangnya inisiatif menarik menggunakan teknologi komunikasi serta media sosial bagi menyelesaikan masalah kekurangan darah.

Mungkin cara ini dapat diguna pakai di negara kita yang mempunyai antara jumlah pengguna media sosial tertinggi di dunia.

Sudah pastinya kes kekurangan darah di hospital kerajaan atau Swasta tidak akan berlaku.

Selain itu, penderma pastinya akan merasa gembira sekiranya mengetahui darah yang diderma telah menyelamat nyawa seseorang.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Independent

Tags: derma darahkempen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Wan Fayhsal Bidas Penjelasan PM Anwar, Hari Peneroka FELDA Johor Bukan Semasa Kempen Pilihan Raya

Wan Fayhsal Bidas Penjelasan PM Anwar, Hari Peneroka FELDA Johor Bukan Semasa Kempen Pilihan Raya

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan penjelasan Perdana Menteri berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd