• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Belum Buat Sebarang Keputusan Putus Hubungan Dengan DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh apabila mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sedangkan PAS masih belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung usul tergempar Dewan Ulama mahukan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP, kata seorang pemimpin PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata ini kerana Lim tidak merujuk kepada kepimpinan parti komponen pakatan pembangkang untuk menangani perkara itu.

Katanya Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khusus berhubung isu ini dan beberapa perkembangan semasa dalam parti tidak lama lagi selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din pulang daripada mengerjakan umrah.

“Apa yang berlaku ialah DAP yang memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat dan PAS. Jadi, ini sesuatu yang menariklah usul Dewan Ulama Pas Pusat dilaksanakan oleh DAP sedangkan kita belum membuat sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad serta barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Nasrudin berkata sehingga sekarang PAS mempunyai hubungan yang baik dalam Pakatan Rakyat dan parti komponen yang lain kecuali DAP yang mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada tindakan Lim itu mahu menimbulkan sentimen untuk mengelirukan rakyat, Nasrudin berkata apa yang berlaku merupakan satu provokasi yang cuba dilancarkan sejak daripada awal lagi.

“Apa yang mereka (DAP) nak lakukan, bagaimana mereka nak suarakan dan apa sikap yang mereka nak ambil itu terpulanglah. Namun, sikap (pendirian) PAS sehingga hari ini kita masih bersama dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua lapisan kepimpinan PAS negeri yang dilantik beberapa perjawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat seperti biasa.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan parti politik baharu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kumpulan G18, Nasrudin mengibaratkan itu hanyalah fenomena sementara selain ‘demam’ selepas pasca muktamar PAS.

Namun, beliau menasihatkan agar mereka tidak menjadi pengganggu kepada hasrat parti untuk memperjuangkan Islam dan menjadi satu alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam mentadbir negara.

“Dengan langkah yang ditimbulkan mereka sedikit sebanyak mengelirukan orang awam dan juga mengganggu kedudukan politik tanah air yang saya kira tak kan ke mana pun,” katanya.

Ditanya mengenai DAP yang didakwa menjalin hubungan baik dengan Pasma dan kumpulan G18 yang disifatkan sebagai pro-DAP berbanding pro-ulama PAS, Nasrudin berkata itu adalah hak rakan sekutunya itu untuk berbuat demikian selain tidak timbul sentimen pro-ulama mahu pun profesional. – BERNAMA

 

Tags: DAPNasrudin Hassan Tantawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd