• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Rakyat Selangor Lumpuh – Tony Pua

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mustahil untuk pakatan rakyat yang terbentuk hasil kerjasama diantara tiga parti pembangkang dapat diteruskan di Selangor berdasarkan keputusan Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan usul menghentikan kerjasama dengan DAP.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, keputusan yang dibuat Muktamar PAS itu menyebabkan pakatan rakyat di Selangor tidak lagi seperti dahulu kerana Exco Kerajaan Selangor daripada PAS tidak akan lagi memberi kerjasama kepada Exco daripada DAP.

“Sukar dibayangkan mana-mana pihak percaya pakatan rakyat boleh terus wujud dalam keadaan berpecah belah ini kerajaan pakatan rakyat Selangor terbentuk daripada tiga parti atas platform dasar bersama.

“Bagaimanapun, apabila dasar bersama itu dilanggar, diburukkan lagi dengan keputusan salah satu parti menghentikan kerjasama dengan parti lain, maka kerjasama itu secara dasarnya telah runtuh.

“Bolehkan kita bayangkan bagaimana keadaan semasa mesyuarat Exco apabila wakil PAS mengabaikan Exco daripada DAP dan mengganggap seolah-olah mereka tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tony Pua berkata, masalah disebabkan keputusan PAS itu akan turut berlaku diperingkat pihak berkuasa tempatan kerana Ahli Majlis daripada PAS tidak akan lagi mempedulikan pandangan Ahli Majlis daripada DAP kerana sudah tiada kerjasama antara mereka.

Tambah beliau, keretakan yang berlaku dalam pakatan rakyat itu diburukkan lagi dengan `seruan perang’ ke atas DAP oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi melalui ucapannya dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Justeru, katanya, dalam tempoh beberapa minggu akan datang, rakyat Malaysia akan menyaksikan penjajaran semula politik tanah air bagi mengisi kelompongan yang dwujudkan PAS.

“Kemampuan untuk mengisi jurang perbezaan ini dengan kewujudan sebuah parti baharu akan menentukan masa depan Selangor dengan gabungan baharu (parti politik).

“Kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan kerajaan Selangor sedia ada akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Tony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd