• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Perasan Cantik, Dakwa Jadi Punca Lelaki Kemalangan

oleh AK-47
29/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMILIKI tahap keyakinan diri yang tinggi sememangnya satu perkara yang bagus namun ianya perlu dikawal agar tidak keterlaluan serta bangga diri.

Sama seperti seorang nenek yang berusia 58 tahun ini, tahap keyakinan dirinya yang tinggi telah membuatkan dia perasan memliki kecantikan luar biasa sehingga boleh membuatkan kaum lelaki yang sedang memandu mengalami kemalangan.

Watch-58-year-old-grandmother-Stephanie-Arnott-claim-her-beauty-causes-men-to-weep-and-crash-their-cars (2)

Watch-58-year-old-grandmother-Stephanie-Arnott-claim-her-beauty-causes-men-to-weep-and-crash-their-cars (3)

Kedengaran seperti ditokok-tambah namun dia mendakwa kecantikannya memang boleh mengalih perhatian setiap lelaki yang memandangnya.

Tampil dalam program televisyen di Britain, Stephanie Arnott, yang memiliki anak perempuan berusia 38 tahun bercerita, kecantikan serta kejelitaannya juga boleh membuatkan kaum lelaki menangis di depan isteri mereka.

Bagi membuktikan dakwaan yang dibuat oleh Stephanie, pengacara program tersebut meminta wanita itu berjalan di luar studio sebelum ke udara.

Watch-58-year-old-grandmother-Stephanie-Arnott-claim-her-beauty-causes-men-to-weep-and-crash-their-cars (1)

Namun, hasilnya telah membuatkan Stephanie tercengang apabila mendapati tiada seorang lelaki pun yang memandangnya, tiada kemalangan berlaku serta tiada lelaki yang menangis seperti didakwa.

Pengacara itu bertanya kepadanya “apa yang sudah terjadi?” dan dia dengan malunya menyatakan “saya tidak tahu” selepas menonton rakaman itu.

Sudah terang lagi bersuluh, nenek yang perasan cantik itu tetap memberitahu kejadian yang membuatkan seorang pemandu lelaki mengalami kemalangan ketika melihatnya yang sedang bersama rakan, 12 tahun lalu.

Stephanie juga dengan yakin memberitahu bahawa dia sepatutnya boleh menjadi model Vouge dan berjaya dalam karier peragawati namun terhalang kerana ketagihannya terhadap gula.

Sumber turut membuat kajian tentang kecantikan yang dimiliki oleh Stephanie namun rata-rata responden langsung tidak tertarik dengan nenek itu seperti yang didakwa olehnya.

nenek

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Mirror UK

Tags: gambarkecantikannenek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd