Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

SPRM Sahkan Siasat 6...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung...

PAFA Setuju Lantik MB...

IPOH – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebulat suara mencadangkan Menteri...

UMNO Pekan Pastikan 32,000...

PEKAN - UMNO Bahagian Pekan akan memastikan 32,000 anggotanya keluar mengundi pada 9...

Bekas Majistret Didakwa Beri...

SHAH ALAM - Seorang bekas Majistret mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Lelaki Bedah Sendiri Muka Untuk Buang Ketumbuhan

China – Akibat terlalu miskin, seorang lelaki yang tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital, bertindak membedah diri sendiri bagi membuang ketumbuhan di tulang mukanya.

Yu Yifei, 41, yang menetap di Quanzhou, setakat ini telah melakukan 10 pembedahan sendiri dengan menggunakan pisau dan gunting pembedahan yang dibeli dari hospital.

Semua pembedahan itu dilakukannya sendiri di depan cermin, dalam bilik air di rumahnya.

Sebelum memulakan pembedahan, dia akan menyahkan kuman pada peralatan pembedahan dan selepas itu memotong ketumbuhan sebesar bola pingpong seterusnya menggunakan kapas untuk menghentikan pendarahan.

tumor1

Setiap pembedahan mengambil masa selama 30 minit.


Episod malang bermula dalam hidup Yifei pada Februari tahun lepas setelah dia mendapati ada ketumbuhan pada gusinya. Meskipun tidak sakit namun Yifei berasa kebas.

Dia kemudiannya menjalani pembedahan untuk membuang tumor berkenaan tetapi pembedahan itu memerlukan semua gigi atas di sebelah kanan mukanya dibuang termasuk dua tulang.

Selepas itu Yifei terpaksa melalui 13 pusingan kimoterapi.

Pada Mei tahun ini, kanser tersebut kembali merebak dan kali ini untuk membuang tumor itu, doktor terpaksa membuang sebahagian wajahnya kerana kanser itu mungkin akan merebak kembali.

Dengan kehidupannya bersama isteri dan anak berusia 10 tahun, Yifei tidak lagi mampu membayar kos rawatan, jadi cara termudah baginya ialah dengan membuang tumor itu melalui pembedahan yang dilakukannya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori