• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat Denggi Meningkat 100 Peratus

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara bagi enam bulan pertama tahun ini meningkat 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lalu, sebanyak 144 kematian direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014.

“Komplikasi seperti kegagalan fungsi organ hati dan buah pinggang serta ‘shock syndrome’ lebih kerap berlaku kepada pesakit yang dijangkiti demam denggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata kes demam denggi di seluruh negara pada minggu ke-22 iaitu dari 31 Mei hingga 6 Jun meningkat lapan peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Katanya sepanjang tempoh tersebut 2,201 kes dilaporkan berbanding hanya 2,042 kes pada minggu ke-21.

Beliau berkata tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes adalah Selangor iaitu 114 kes; Melaka (46 kes); Pahang (27 kes); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (24 kes); Negeri Sembilan (tujuh kes); Kedah (lima kes), manakala Johor (lima kes).

Tambahnya jumlah lokaliti wabak dan kawasan panas turut meningkat daripada 725 pada minggu sebelumnya kepada 793 pada minggu ke-22 iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus.

Sementara itu, sebanyak 131 tapak binaan di Selangor diperiksa dalam Ops Tempur Binaan Aedes yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi lain sejak 10 Feb lalu hingga 7 Jun, katanya.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemeriksaan mendapati 113 tapak binaan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes, manakala 94 lagi telah diberi perintah penutupan. – BERNAMA

Tags: demam denggikematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd