• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubur Lambuk Pak Hassan Laris Setiap Kali Ramadan

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUBUR Lambuk Pak Hassan Kampung Baru laris dijual sehingga 7,500 bungkus sehari pada harga RM2 sebungkus sempena Ramadan.

Pengusahanya, Abu Bakar Mohamad, 69, atau lebih terkenal sebagai Hassan berkata, kira-kira 30 periuk besar bubur lambuk dihasilkan setiap hari bekerja dan sekurang-kurangnya 15 periuk besar pada hujung minggu dengan anggaran kos antara RM200 dan RM250 setiap periuk.

Menurut beliau, permintaan akan meningkat apabila terdapat pesanan daripada syarikat korporat.

“Pada hari pertama puasa tahun ini, kami menghasilkan 31 periuk besar bubur lambuk dan paling banyak mencecah 39 periuk besar pada minggu kedua puasa.

“Satu periuk besar dapat menghasilkan antara 250 dan 260 bungkus bubur lambuk,” katanya kepada Bernama.

Menurut Abu Bakar rutin harian memasak bubur lambuk pada bulan Ramadan ini bermula selepas solat Subuh dan memakan masa dua jam dengan dibantu 24 petugas termasuk ahli keluarga dan jiran.

Abu Bakar yang berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dan merantau ke ibu kota sejak 19 tahun lepas berkata ilham untuk menghasilkan bubur lambuk Pak Hassan tercetus pada 1983 sempena bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru.

Pada tahun berikutnya beliau memberanikan diri untuk mengusahakan bubur lambuknya sendiri dan dari tahun ke tahun usaha gigih beliau mendapat sambutan yang menggalakkan.

Mengenai persaingan dengan peniaga lain, Abu Bakar berpendapat beliau tiada masalah dengan perkara tersebut kerana sentiasa menjaga kualiti bubur yang dihasilkan.

“Walaupun mempunyai ramai kakitangan untuk membantu, hanya saya seorang yang akan memasak bagi memastikan rasa bubur sekata dan terkawal,” katanya.

Seorang pelanggan, Mohd Khusairi Alias, 50, dari Cheras berkata sejak dari zaman bujang hingga sudah mendirikan rumah tangga, hampir saban tahun beliau akan ke Kampung Baru semata-mata untuk membeli bubur lambuk kerana rasa buburnya yang bukan sahaja sedap malah tidak berubah sejak dahulu.

Pengurus Operasi F&B di salah sebuah hotel di ibu kota, Mohd Fadzli Mohd Anif, 39, pula berpendapat bubur lambuk Pak Hassan menjadi pilihan beliau dan rakan-rakan setiap tahun kerana harganya berpatutan dan pernah memesan sebanyak empat periuk untuk pejabatnya. – BERNAMA

Tags: buburramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Helikopter Dinaiki Zahid Tidak Hadapi Masalah Seperti Dilapor Kompas

Next Post

Haramkan Makan Dan Jual Telur Penyu – WWF

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Haramkan Makan Dan Jual Telur Penyu - WWF

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd