• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tradisi Bubur Lambuk Istana Johor Diteruskan

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Tradisi Bubur Lambuk Istana Johor Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Tradisi pengagihan bubur lambuk kurniaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diteruskan tahun ini sebagai inisiatif menyantuni rakyat di setiap daerah di Johor pada Ramadan.

Program yang dimulakan sejak 2020 itu kini menjadi antara acara yang paling dinanti-nantikan masyarakat pelbagai lapisan khususnya golongan memerlukan.

 

Bagi memastikan kelancaran proses penyediaan, operasi di dapur Istana Pasir Pelangi bermula seawal pukul 7 pagi.

 

Lebih 50 kakitangan Istana Johor terlibat dalam penyediaan bahan mentah dan proses pembungkusan secara teliti.

 

Penyelia Istana Johor, PW 1 (B) Faizol Abdullah berkata, komitmen petugas adalah bagi memastikan kualiti bubur lambuk sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum diagihkan kepada rakyat.

 

“Pengagihan bubur lambuk Istana Johor kini diibaratkan sebagai satu tradisi yang amat bermakna. Seawal pagi lagi, para petugas memulakan persiapan rapi bagi memenuhi sasaran agihan yang telah ditetapkan,” katanya kepada Royal Press Office (RPO)

 

Bagi siri agihan semalam, sebanyak 1,500 paket bubur lambuk diserahkan kepada Penolong Pegawai Daerah Tangkak,

Muhammad Azri Abdullah di Istana Pasir Pelangi.

 

Bubur lambuk tersebut diedarkan kepada golongan asnaf, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) di enam mukim di daerah Tangkak.

 

Inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan berterusan baginda dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian khususnya di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. – MYNEWSHUB

 

Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: Bangsa Johorbubur
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd