Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

26 Ekor Lipas Bersarang...

Ewww jijik dan geli. Itu perasaan sesetengah orang apabila melihat lipas di dalam...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU : Jumlah mangsa banjir di Johor menurun sedikit kepada 3,714 orang...

Permohonan ‘Lockdown’ Di Kelantan...

KOTA BHARU - Permohonan kali kedua Kelantan untuk melaksanakan 'lockdown' atau Perintah Kawalan...

Johnny Depp Dipilih Wakili...

BUAT pertama kali dalam sejarah kerjayanya, pelakon berbakat besar, Johnny Depp mengambil tawaran...

Bilangan Kes HIV Baharu Menunjukkan Trend Penurunan

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini bahawa bilangan kes baharu HIV telah menunjukkan trend penurunan sejak 2002.

Beliau berkata sebanyak 799 kes HIV baharu dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama 2015 dan berdasarkan jumlah itu, dijangkakan sebanyak 3,196 kes baharu akan dilaporkan sepanjang tahun ini, berbanding 3,517 kes baharu pada 2014.

“Bilangan kes baharu HIV pada amnya telah menunjukkan trend penurunan, bukan peningkatan, bilangan tertinggi kes HIV telah dilaporkan sebanyak 6,978 orang atau pada kadar 28.4 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2002,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Noriah Mahat.

Noriah meminta kerajaan menyatakan apakah faktor peningkatan statistik jumlah pesakit HIV di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan pelan tindakan AIDS Kebangsaan, pelbagai aktiviti bagi pengurusan kes-kes HIV telah dilakukan seperti pengesanan kontak seksual serta mempergiatkan pengesanan awal melalui saringan di pusat-pusat kesihatan.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata kementeriannya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengkaji dan menyediakan takrifan baharu bagi daun ketum sebelum ia disenaraikan sebagai dadah berbahaya.


Katanya kajian mengenai perkara itu dilakukan secara mendalam bagi mengelakkan penganiayaan terhadap penduduk kampung yang menanam dan menggunakan bahan itu untuk tujuan perubatan.

“Kita perlu lihat perkara ini daripada sejarah pokok ketum di negara kita yang digunakan secara tradisi seperti minuman kekuatan kepada wanita lepas bersalin dan ia tumbuh meliar di kampung-kampung.

“Dalam hal ini, ada permintaan ia dikaji semula bertujuan tidak menganiaya penduduk kerana dalam akta sebelum ini termaktub sekiranya terdapat pokok ketum di kawasan rumah, mereka boleh didenda atau penjara seumur hidup,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah.

Mohd Shuhaimi ingin penjelasan tentang percanggahan antara Kementerian Kesihatan dan KDN dalam menyelesaikan isu ketum.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori