• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anda Seorang Menteri, Bukannya Tuhan Dari Syurga..”

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH belum berpenghujung pertelingkahan antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya apabila hari ini, baginda sekali lagi membidas kenyataan amaran yang dilontarkan terhadapnya.

Andai dua hari lalu Tunku Ismail bertindak menunjukkan isyarat tangan beserta bunyi ngauman harimau, hari ini, baginda memberi kenyataan balas yang betul-betul pedas dan menusuk kalbu!

Polis Akan Siasat Nazri Aziz Gara-Gara Amaran Terhadap TMJ

WARNARASA MALAYSIA

Melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers, TMJ berkata, teguran yang dibuatnya kepada pemimpin hanyalah sekadar peringatan kepada persoalan mengapa rakyat hilang percaya terhadap mereka.

“Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?”

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/482510085245629:0

TMJ yang menggunakan metafora ‘menteri bukan Tuhan’, turut berkata, individu yang memegang jawatan sebagai menteri bukanlah kebal daripada sebarang teguran.

“Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

“Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia.

“Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.”

Selain itu, TMJ turut mengkritik tindakan sesetengah menteri yang tidak boleh ditegur.

Namun ujar Tunku Ismail, baginda rela dicemuh kerana mempertahankan perkara yang benar daripada disanjung kerana membela perkara yang salah.

“Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka”

Dalam masa kurang dari satu jam selepas memuat naik kenyataan tersebut, ia mendapat perhatian meluas dari pengguna laman sosial.

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji kenyataan dilontarkan TMJ, tak kurang juga yang menghentam Nazri atas pandangannya sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bawa pihak berkuasa akan menyiasat Ahli Parlimen Padang Rengas itu di bawah Akta Hasutan 1948 susulan amaran dikeluarkannya terhadap TMJ sebelum ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kenyataan Kontroversi Nazri Aziz Terhadap TMJ

https://www.youtube.com/watch?v=I05gqmDEi_4

Tags: facebookJohorNazri Azizstatus facebookTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Pertikai MFL Kurangkan Hukuman Selangor FC

TMJ Lancar Stablecoin Disokong Ringgit, Jejak Langkah Baharu Dalam Ekonomi Digital Negara

10/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Dalam satu langkah bersejarah yang diyakini mampu melonjakkan inovasi kewangan negara, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd